Utusan Borneo (Sarawak)

PBK tidak setuju hasrat PPBM untuk lebar sayap ke Sarawak

-

SIBU: Parti Bumi Kenyalang (PBK) tidak bersetuju dengan hasrat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk melebarkan sayapnya ke Sarawak.

Presidenny­a Yu Chin Liik berkata, jika parti itu bertapak di Sarawak, ia dibimbangi akan menggugat perpaduan yang dipupuk selama ini oleh rakyat Sarawak.

“Ini kerana parti dari Semenanjun­g Malaysia ini mungkin lebih ‘hebat’ dalam menggunaka­n sesuatu isu menerusi agenda mereka yang boleh membuatkan rakyat di sini terpengaru­h dan terikut-ikut.

“Lihat sahajalah apa yang berlaku di Semenanjun­g Malaysia, rakyatnya sering bergaduh menyentuh isu-isu sensitif yang berkaitan dengan agama dan bangsa,” katanya menerusi kenyataan media di sini, semalam.

Yu memberitah­u, PBK sangat bimbang sekiranya parti tersebut diberi peluang mendirikan cawanganny­a di sini.

Jelasnya, apa yang membimbang­kan ialah ideologi politik orang di Semenanjun­g Malaysia agak berlainan dengan ideologi politik di negeri ini.

“Mereka dilihat lebih agresif dan fanatik. Kita tidak mahu unsur-unsur itu mempengaru­hi sentimen rakyat Sarawak yang lama sudah dikenali dengan kekayaan semangat perpaduan dan saling menghormat­i antara berbilang kaum dan agama,” tegasnya.

Menurutnya, sudah memadai Sarawak mempunyai parti politiknya sendiri dan tidak memerlukan parti dari luar untuk bertapak di sini.

“Tiada orang lain memahami apa masalah serta keperluan rakyat di negeri ini. Oleh itu, hanya rakyat Sarawak sendiri sahaja yang tahu dan parti dari Sarawak sahaja yang relevan di negeri ini,” ujarnya lagi.

Justeru katanya, PBK amat menolak kehadiran parti dari Semenanjun­g Malaysia untuk datang ke sini kerana dianggap tidak membawa manfaat kepada negeri ini.

“Hanya parti Sarawak sahaja mampu memberi manfaat kepada rakyat di negeri ini,” tambahnya.

 ??  ?? MERIAH GAWAI RAYA: Warga SK Jalan Bintang merakamkan gambar kenangan sempena majlis yang meriah itu.
MERIAH GAWAI RAYA: Warga SK Jalan Bintang merakamkan gambar kenangan sempena majlis yang meriah itu.
 ??  ?? YU
YU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia