Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita PKR anjur rumah terbuka Aidilfitri di beberapa cawangan

-

KUCHING: Sayap Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengadakan rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri di beberapa cawanganny­a di sini, baru-baru ini.

Menurut kenyataan akhbarnya kelmarin, sambutan berkenaan diadakan di PKR cawangan Tanjung Datu, Santubong, Kampung Segedup serta Petra Jaya dan dihadiri hampir 300 wanita.

“Menerusi pemerhatia­n kami, wanita hari ini semakin berani untuk menyuaraka­n pendapat dan cadangan mereka.

“Politik bukan sahaja untuk kaum lelaki, tetapi juga golongan wanita.

“Lagipun, daripada kehidupan harian golongan wanita yang merangkumi kerja di dapur, menjaga anak dan suami dan setiap aspek dalam kehidupan wanita itu sendiri melibatkan politik,” kata Pengerusi Sayap Wanita PKR Sarawak Nurhanim Hanna Dato Mokhsen.

Justeru katanya, daripada hanya bersifat tradisiona­l lebih ramai golongan wanita digalak bangkit dan menyuaraka­n pendapat dan keperluan mereka.

Menerusi kerajaan baharu Malaysia, Pakatan Harapan katanya, kali pertama golongan wanita diberi kedudukan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Zuraida Kamaruddin yang juga merupakan Ketua Sayap Wanita PKR Kebangsaan kini sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Beliau turut menyuaraka­n harapan agar sasaran 30 peratus wanita dalam kepimpinan negara dicapai agar suara wanita didengari dengan lebih jelas.

 ??  ?? RAIKAN BERSAMA: Nurhanim (berdiri, tiga kanan) bersama golongan wanita pada rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di salah satu cawangan PKR di Kuching, baru-baru ini.
RAIKAN BERSAMA: Nurhanim (berdiri, tiga kanan) bersama golongan wanita pada rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di salah satu cawangan PKR di Kuching, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia