Utusan Borneo (Sarawak)

Belajar hormati kepelbagai­an kaum, budaya untuk perkukuh perpaduan

-

MIRI: Murid-murid diingat untuk belajar menghormat­i dan bertoleran­si terhadap kepelbagai­an kaum dan budaya sekali gus mengawal disiplin diri terutama dalam isu buli di sekolah.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Bintang Ahmad Othman berkata, program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) adalah platform terbaik untuk murid-murid belajar mengenai kepelbagai­an budaya dengan bersamasam­a menyambut perayaan tersebut di sekolah.

“Anak-anak harus diajar mengenai budaya kaum lain kerana ia akan meningkatk­an nilai perpaduan dan saling menghormat­i dalam kalangan murid, ibu bapa dan guru-guru SK Jalan Bintang di samping mengawal gejala buli dan bergaduh di antara murid-murid sekolah.

“Program seumpama ini (RIMUP) membolehka­n murid-murid mendapatka­n ilmu dan pengalaman mengenai budaya rakan-rakan mereka termasuk baju tradisiona­l dan makanan yang dibawa oleh ibu bapa pada program ini,” ujarnya ketika berucap pada Sambutan Rumah Terbuka SK Jalan Bintang di sini, kelmarin.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Mohd Farez Samin berkata, hasrat warga SK Jalan Bintang untuk memiliki dewan serbaguna sendiri setelah bersusah payah mengumpul dana sejak enam tahun lepas terlaksana apabila dewan tersebut yang sedang dalam pembinaan dijangka siap September tahun ini.

“Dana PIBG digunakan sebaik mungkin untuk pembanguna­n infrastruk­tur sekolah dan walaupun pembinaan dewan sudah bermula, namun kita masih memerlukan dana tambahan untuk dewan tersebut lengkap sepenuhnya,” tambahnya.

Dalam pada itu, Pembantu Khas kepada Ahli Parlimen Miri Dr Micheal Teo, Wong Yie Sing yang mewakili Dr Teo berkata, pihaknya akan cuba sedaya upaya membantu SK Jalan Bintang mendapatka­n dana tambahan untuk menyiapkan sepenuhnya dewan tersebut.

“Dr Teo dijangka akan menyerahka­n kertas cadangan permohonan dana tambahan dewan serbaguna SK Jalan Bintang kepada Menteri Pendidikan pada Isnin depan semasa sidang Parlimen,” katanya.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengerusi Majlis Guru Besar Zon Piasau Julaihi Junaidi, Penolong Kanan (PK) 1 Henry Madai, PK Hal Ehwal Murid Nurmila Abdullah, PK Kokurikulu­m Henry Edward dan PK Pendidikan Khas Suhaila Sabeh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia