Utusan Borneo (Sarawak)

Langkah kawal selia e-hailing akan bantu pengusaha teksi terjejas teruk

-

SIBU: Usaha kerajaan mengawal selia perkhidmat­an e- hailing akan membantu pengusaha teksi yang terjejas teruk sebelum ini.

Setiausaha Persatuan Pemilik Teksi Sarawak Robert Angkah berkata, langkah itu akan membolehka­n pengusaha teksi bernafas semula.

“Terima kasih kepada kerajaan kerana telah membantu semua pengusaha teksi dengan langkah baharu ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta memberi pandangan berhubung kenyataan Menteri Pengangkut­an Anthony Loke di mana semua penyedia perkhidmat­an ehailing dikawal oleh kerajaan di bawah Akta Pengangkut­an Darat (Pindaan) 2017 dan Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdaganga­n (Pindaan) 2017.

Semua syarikat e-hailing juga perlu mendaftar dengan Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD) dan perlu membayar yuran tahunan RM115, sama seperti pemandu teksi.

Menurut Robert, sebelum ini pengusaha perkhidmat­an e-hailing tidak perlu menjalani pemeriksaa­n kenderaan enam bulan sekali, pembaharua­n permit tahunan dan pemeriksaa­n kesihatan, yang mana semua itu perlu dilakukan oleh pemandu teksi.

“Langkah yang dibuat kerajaan ini adalah sesuatu yang kita nantikan selama ini. Pengusaha teksi telah terjejas sejak perkhdiama­tan e-hailing ini beroperasi.

“Kita terpaksa membelanja­kan RM500 untuk menjalani pemeriksaa­n kenderaan setiap enam bulan sekali.

“Ini tidak termasuk perbelanja­an lain bagi memastikan kenderaan atau teksi kita dalam keadaan baik,” katanya sambil menambah keselamata­n penumpang adalah keutamaan mereka.

Namun jelas Robert, pengusaha e- hailing tidak perlu menjalani semua itu membolehka­n mereka mengenakan tambang yang lebih murah apabila mereka beroperasi dengan kos yang lebih rendah.

 ??  ?? ROBERT
ROBERT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia