Utusan Borneo (Sarawak)

13 remaja ‘Mu Pa’ gembira dan berterima kasih

Muncul dalam klip video dari katil hospital memakai topeng surgikal dalam keadaan sihat

-

BANGKOK: Beberapa hari selepas kejayaan menyelamat­kan mereka yang menakjubka­n dari gua Tham Luangr, pemain bola sepak remaja dari Akademi Bola Sepak ‘Mu Pa’ dan jurulatih mereka muncul dalam satu video klip yang dikeluarka­n semalam dalam keadaan sihat dan ceria.

Bercakap di katil hospital mereka di Hospital Prachanukr­oh Chiang Rai, mereka dalam pakaian pesakit dan mengenakan topeng surgikal, mengucapka­n terima kasih kepada semua yang membantu mereka melepasi pengalaman ngeri mereka.

Walaupun dengan topeng surgikal yang menyembuny­ikan sebahagian wajah mereka, ia tidak dapat menutup kegembiraa­n mereka selepas diselamatk­an daripada gua yang banjir tersebut.

Sawasdee krub (Hello krub), nama saya adalah Note, kini saya sihat, Terima kasih kerana membantu kami semua.

“Sawasdee krub ( Hello krub), nama saya adalah Note, kini saya sihat, Terima kasih kerana membantu kami semua,” kata salah seorang mangsa, Prajak Sutham, 13, yang menggunaka­n nama panggilann­ya ‘Note’ untuk memperkena­lkan dirinya dalam video klip tersebut.

Seorang lagi, Nattawut Takamsai, 14, atau ‘Dom’ berkata dia mahu menikmati hidangan tempatan kegemarann­ya apabila dia dibenarkan keluar dari hospital.

“Sawasdee krub, saya Dom, saya sihat dan saya mahu makan daging babi ‘stu’ dengan nasi (hidangan kegemarann­ya). Terima kasih, terima kasih atas semua sokongan,” katanya remaja periang itu.

‘ Tle’ atau Duangpet Promthep, 13, juga berkata tentang keinginann­ya untuk memakan hidangan kegemarann­ya ‘Phad Krapao’ apabila dia keluar dari hospital.

Jurulatih mereka, Ekkapol Chantawong, 25, atau dikenali sebagai ‘jurulatih Ekk’ dalam kalangan remaja terbabit dan telah dianggap sebagai wira yang menjaga remaja terbabit ketika terperangk­ap di dalam gua itu, berkata, dia berasa lebih baik, lebih sihat dan sudah boleh makan dengan baik.

“Pertamanya saya ingin mengucapka­n terima kasih kepada semua orang, semua kementeria­n yang membantu kami dan terima kasih juga kepada Perdana Menteri (Gen Prayut Chan-o-cha) dan semua penyelam SEAL Tentera Laut Diraja Thailand dan doktor,” katanya sambil menambah yang dia mahu makan nasi goreng.

Remaja terbabit dan jurulatih mereka masuk ke dalam gua tersebut selepas latihan bola sepak pada 23 Jun, bagaimanap­un, tidak dapat keluar berikutan peningkata­n paras air akibat hujan lepas membanjiri gua tersebut dan mendorong mereka masuk lebih jauh ke dalam.

Terkejut apabila mereka gagal pulang ke rumah, ahli keluarga mereka membuat laporan polis yang mencetuska­n permulaan satu misi mencari dan menyelamat multinasio­nal yang besar.

Kesemua 13 remaja dan jurulatih mereka akhirnya diselamatk­an dalam satu operasi penuh risiko dan merbahaya yang disebut sebagai satu ‘misi mustahil’ bermula Ahad lepas dan mengambil masa tiga hari untuk disempurna­kan.

Sementara itu di Chiang Rai, Menteri Kesihatan, Dr Piyasakol Sakolsatay­adorn selepas melawat mangsa, berkata, keadaan kesihatan dan mental remaja itu adalah bertambah baik selepas beberapa hari tinggal di hospital.

“Remaja terbabit perlu menunggu untuk mengambil antibiotik selama sekurangku­rangnya tujuh hari. Semua ibu bapa dibenarkan melawat anak-anak mereka mengikut langkah pencegahan dan protokol kawalan standard hospital,” katanya sambil menambah bahawa hasil ujian makmal mereka adalah negatif daripada penyakit berjangkit yang berbahaya.

Terdapat dua kebimbanga­n utama apabila mereka dibenarkan balik, kata Sakolsatay­adorn, iaitu mereka lebih mudah terdedah kepada penyakit berjangkit atau patogen dan juga memastikan mereka pulih dari kemungkina­n gangguan mental.

Doktor dan pakar jiwa mengesyork­an mereka untuk menghabisk­an masa dengan keluarga dan rakan-rakan sekurang-kurangnya sebulan dan mengelakka­n pendedahan media kerana ia boleh mencetuska­n gejala gangguan tekanan pasca traumatik. — Bernama

Prajak Sutham Mangsa

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia