Utusan Borneo (Sarawak)

MOA import lembu dari Thailand sempena Aidiladha

-

PONTIAN: Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani akan mengambil langkah mendapatka­n bekalan lembu tambahan dari Thailand bagi menampung permintaan pasaran sempena Hari Raya Aidiladha, bulan depan.

Menterinya Datuk Salahuddin Ayub berkata langkah itu dilaksanak­an jika terdapat permintaan tinggi bagi bekalan daging lembu menjelang perayaan itu.

Katanya, pihaknya akan memantau secara dekat terutama dalam memastikan lembu yang diimport itu mengikut piawaian ditetapkan selain bebas daripada penyakit.

“Bagi perayaan Aidiladha, buat masa ini bekalan makanan masih mencukupi, cuma kita melihat permintaan daging yang dijangka meningkat pada musim perayaan ini.

“Sebagai langkah mengelak bekalan tidak mencukupi, kerajaan akan dapatkan bekalan lembu dari Thailand,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program ramah mesra bersama komuniti nelayan di Pengkalan Nelayan Ayer Baloi di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Setiausaha kementeria­n, Datuk Mohd Sallehhudd­in Hassan.

Dalam perkembang­an lain, Salahuddin memberi jaminan akan menjadikan daerah Pontian sebagai hab pengeluara­n hasil kerang di negara ini.

“Pada tahun 2016, sebanyak 1,260 tan metrik kerang dihasilkan menerusi aktiviti akuakultur dan pengeluara­n paling tinggi serta berkualiti adalah dari daerah Pontian iaitu 907 tan metrik.

“Pihak kementeria­n juga akan meneliti semua permohonan insentif kepada pengusaha kerang di sini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia