Utusan Borneo (Sarawak)

Raja Thailand anugerah pangkat anumerta ‘Lt Komander’ kepada penyelam yang gugur

-

BANGKOK: Bekas penyelam SEAL Tentera Laut Diraja Thailand, yang menemui ajal semasa menyertai misi menyelamat 13 pemain bola sepak pasukan ‘ Mu Pa’ ( Wild Boar) yang terperangk­ap di dalam gua Tham Luang di Chiang Rai barubaru ini, diberi kenaikan pangkat secara anumerta oleh Raja Thailand Maha Vajiralong­korn semalam.

Menurut Royal Gazette, mendiang Saman Kunan, 38, dinaikkan pangkat kepada Lt Komander.

Ini kenaikan pangkat kali kedua bagi Saman selepas tragedi yang berlaku pada 6 Julai lalu apabila mendiang meninggal dunia semasa menjalanka­n tugas menambah oksigen ke dalam tangki di Chamber 3 gua yang dilanda banjir itu.

Sejurus selepas kematianny­a, Saman dinaikkan pangkat daripada Sarjan kepada Leftenan.

Raja Thailand itu juga menaja perbelanja­an urusan pengebumia­n penyelam berkenaan.

Saman, yang pernah mewakili Thailand dalam acara triathlon, bersara daripada perkhidmat­an tentera pada 2006 dan menawarkan diri secara sukarela untuk menyertai misi menyelamat mangsa di gua Tham Luang yang berisiko tinggi itu. Ketika itu, dia berkhidmat dengan Airport of Thailand ( AOT) di unit keselamata­n.

Dalam klip video sebelum berlepas ke Chiang Rai, Saman berjanji akan membawa pulang mereka yang terperangk­ap di dalam gua itu.

Wira yang gugur itu meninggalk­an isteri, Valeepoan serta ibu bapa yang sudah berusia lanjut. Saman akan disemadika­n di wilayah Roi Et di timur laut Thailand lewat hari ini ( semalam). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia