Utusan Borneo (Sarawak)

Peminat bola sepak boleh saksikan Piala Dunia 2018 di tapak RWMF

-

KUALA LUMPUR: Ibu bapa yang mempunyai anak menghidap kanser dinasihat tidak tunduk kepada pihak yang menawarkan rawatan lain selain disarankan doktor.

Penasihat Kumpulan Ibu Bapa dan Sokongan AnakAnak Kanser (KIDS) Dr Nor Azizah Mohd Taib berkata terdapat ibu bapa yang terpengaru­h dengan dakyah bahawa rawatan kanser seperti kimoterapi akan membawa kesan lebih buruk dan menolak rawatan tersebut.

“Saya sangat kesal dan ibu bapa hanya ke hospital apabila keadaan anak bertambah buruk serta terlalu lewat untuk dirawat dan menyalahka­n pihak hospital selepas itu,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Majlis ‘Jom KIDS Raya 2018’ di Wisma Bernama di sini semalam.

Dr Nor Azizah berkata sebaliknya rawatan kimoterapi ke atas anak-anak kanser yang dikesan awal mempunyai peluang 80 hingga 90 peratus sembuh berbanding orang dewasa.

Namun, katanya, sikap segelintir golongan yang mengaitkan kanser dengan maut dan tidak mempunyai harapan sembuh mempengaru­hi golongan ibu bapa menjadikan hospital pilihan terakhir merawat anak mereka atau ‘lari’ daripada rawatan sepatutnya.

“Ibu bapa perlu mendengar nasihat doktor kerana rawatan yang kita berikan berdasarka­n data dan fakta sains yang dirujuk daripada beribu-ribu kes dalam dan luar negara.

“Yang sakit anak kita, jangan terpengaru­h dengan pihak lain yang mencadangk­an rawatan lain tanpa adanya fakta dan bukti yang menyembuhk­an penyakit itu,” katanya.

Dalam perkembang­an sama, Dr Nor Azizah menitipkan pesanan supaya ibu bapa atau pihak yang mahu menyebarka­n gambar kanakkanak pesakit kronik untuk tujuan mencari sumbangan atau sokongan, supaya lebih beretika.

Katanya, tidak salah untuk ibu bapa berbuat demikian namun perlu mengelak menggunaka­n gambar kanakkanak dalam keadaan terlalu mengganggu.

“Bagi saya ia mengaibkan, meletakkan gambar dengan tumor besar di mata, di tangan atau di kepala akan memberi pandangan kanser ini sakit yang tidak boleh dirawat. Juga kanak- kanak nazak dalam keadaan sesak nafas atau sebagainya.

Sebaliknya ibu bapa boleh menggunaka­n gambar ketika kanak-kanak masih normal atau berada di peringkat awal sakit dan boleh ceritakan keadaan semasa kanak-kanak itu,” katanya.

Sementara itu, Majlis Jom Raya KIDS 2018 mengumpulk­an kira-kira 600 ibu bapa dan anak-anak kanser termasuk keluarga mereka.

Turut diadakan sumbangan duit raya kepada anak-anak kanser dan adik- beradik mereka serta persembaha­n bakat oleh anak-anak kanser berkenaan.

KIDS, sebuah badan bukan kerajaan ditubuhkan sekumpulan ibu bapa kanakkanak menghidap kanser yang dirawat di Wad Onkologi (Wad KK3), Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur bertujuan mengumpul ibu bapa, penjaga pesakit kanser yang sedang dan pernah menjalani rawatan di wad berkenaan serta menyediaka­n sokongan emosi, semangat dan perkongsia­n pengalaman. — Bernama KUCHING: Skrin besar yang menayangka­n perlawanan akhir kejohanan bola sepak Piala Dunia 2018 akan disediakan bagi peminat bola sepak di tapak Festival Muzik Dunia Hutan Hujan di sini pada hari ini (15 Julai).

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata peminat bola sepak yang datang ke festival itu dapat menonton perlawanan di tapak festival, dan tidak perlu balik ke pusat bandar raya atau hotel untuk menonton perlawanan.

“Mereka dapat menonton perlawanan dan menikmati suasana festival muzik pada waktu yang sama,” katanya pada satu sidang akhbar di Kampung Budaya Sarawak (SCV) Santubong semalam.

Karim juga memberitah­u tahun ini dijangka tahun terakhir bagi festival ini untuk mengalami sambungan telefon dan Internet yang buruk di lokasi festival.

“Pada tahun depan, kita akan menikmati sambungan Internet yang lebih baik untuk semua orang yang datang ke festival itu supaya semua orang dapat berhubung dengan media sosial dan memuat naik gambar dan video dari festival ini untuk dikongsika­n dengan semua orang,” katanya.

Karim berkata pada Jumaat malam lepas, jumlah pelawat ke festival itu telah meningkat.

“Pada tahun lepas kita ada kira-kira 5000 pelawat dan pada tahun ini, pada Jumaat malam, terdapat 6000 pelawat.

“Jadi pada malam ini kita menjangkak­an pelawat yang ramai ke pertunjuka­n RWMF,” katanya dan menambah walaupun memaparkan muzik, festival ini turut mempromosi­kan pemulihara­an alam sekitar dengan kolaborati­f Trienekens yang menyediaka­n tong kitar semula.

RWMF 2018 akan berakhir pada hari ini (15 Julai) selepas mengadakan program selama tiga hari dari 13 Julai dengan lebih 30 pembuat persembaha­n muzik dari Malaysia dan negara lain.

 ?? — Gambar Bernama ?? KERJA AMAL: Nor Azizah (kanan), bersama Mazlina (dua kanan), Shukri (tiga kanan) dan Hamidah (empat kanan) menyampaik­an duit raya kepada adik Muhammad Akmal (duduk) pada Majlis Jom KIDS Raya 2018 di Wisma Bernama, Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama KERJA AMAL: Nor Azizah (kanan), bersama Mazlina (dua kanan), Shukri (tiga kanan) dan Hamidah (empat kanan) menyampaik­an duit raya kepada adik Muhammad Akmal (duduk) pada Majlis Jom KIDS Raya 2018 di Wisma Bernama, Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ?? PENGUNJUNG BERTAMBAH: Karim ( dua kiri) ketika mempengeru­sikan sidang media di Kampung Budaya semalam.
PENGUNJUNG BERTAMBAH: Karim ( dua kiri) ketika mempengeru­sikan sidang media di Kampung Budaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia