Utusan Borneo (Sarawak)

Lada hitam dan lada putih komoditi penting di Sarawak yang mampu memberi pulangan lumayan kepada rakyat

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

MIRI: Industri lada yang semakin berkembang maju di negeri ini telah memberikan peluang pekerjaan kepada 67,000 keluarga setakat yang direkodkan Kementeria­n Industri Utama sehingga semalam.

Menurut Timbalan Menterinya Shamsul Iskandar Md Akin berkata lada hitam dan lada putih ialah komoditi penting di Sarawak yang dapat menjana pendapatan kepada rakyat di negeri ini.

“Kita semua sedia maklum bahawa Malaysia ini berada pada kedudukan yang kelima di seluruh dunia yang menyumbang kepada industri lada hitam dan lada putih.

“Oleh itu, ini merupakan komoditi terpenting yang boleh menjana pendapatan dan mengikut rekod setakat hari ini, industri lada di Sarawak telah memberikan peluang pekerjaan kepada 67,000 keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Silaturahi­m Gawai Raya dan Majlis Kesyukuran Kerajaan Pakatan Harapan Malaysia 2018 di Dewan Warisan Kedayan Jati Mierek di sini semalam.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Setiausaha Politik Menteri Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Kelu- arga dan Masyarakat Rodziah Ismail.

Tambahnya, beliau dijangka membuat pertemuan dalam masa terdekat dengan agensi-agensi berkaitan industri lada di Sarawak untuk membincang­kan perubahan penting dalam industri ini agar mampu menjana pendapatan rakyat.

Dalam pada itu, Shamsul Iskandar menyaranka­n kepada kerajaan negeri untuk bersamasam­a dengan kerajaan persekutua­n berunding dan mencari jalan penyelesai­an masalah tanah adat Kedayan Jati Mierek di kawasan Padang Kerbau.

“Saya fikir ia satu perkara yang mesti kita lakukan untuk mencari jalan positif menang-menang dalam usaha kita menyelesai­kan permasalah­an ini.

“Insya-Allah, di atas usaha dan komitmen tuan-tuan dan puan-puan, kita akan dapat menyelesai­kan masalah ini,” katanya.

Semalam merupakan kunjungan pertama Shamsul Iskandar ke Miri selepas 12 hari dilantik menjadi Timbalan Menteri Industri Utama.

 ??  ?? DISAMBUT MERIAH: Shamsul Iskandar (lima kiri) dan Rodziah (empat kiri) menyaksika­n paluan kompang yang mengalu-alukan kehadiran mereka.
DISAMBUT MERIAH: Shamsul Iskandar (lima kiri) dan Rodziah (empat kiri) menyaksika­n paluan kompang yang mengalu-alukan kehadiran mereka.
 ?? — Gambar Bernama ?? LAWAT: Yeo (tengah) melawat kawasan pelupusan sampah di Bukit Bakri, dekat Muar, semalam.
— Gambar Bernama LAWAT: Yeo (tengah) melawat kawasan pelupusan sampah di Bukit Bakri, dekat Muar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia