Utusan Borneo (Sarawak)

Penyelidik yakin temui makam sebenar Merong Mahawangsa di Sungai Petani

-

SUNGAI PETANI: Kewujudan sebuah makam tua dengan sepasang nisan purba di Kampung Bukit Berangan, Kuala Muda di sini mungkin milik Sultan Mudzafar Shah I atau lebih dikenali sebagai Merong Mahawangsa yang terkenal melalui Hikayat Merong Mahawangsa.

Ketua Penyelidik Projek Kajian Kesan Peninggala­n Sejarah Kota Bukit Meriam dan Kota Sungai Emas Universiti Utara Malaysia, Syamsul Anuar Ismail berkata, kewujudan pasangan batu nisan itu dapat dibezakan dengan jelas di bahagian kepala dan kakinya dan diperbuat daripada batu kawi.

“Makam tersebut pada asalnya berada di dalam lot tanah persendiri­an milik penduduk yang dikenali sebagai Muhamad Nor di kampung tersebut sebelum dipindahka­n ke Masjid Sintok Bugis pada September 2017 lalu.

“Kajian awal dan bukti geologi juga menunjukka­n ia sesuai dengan zaman wujudnya masyarakat di Bukit Meriam dan Sungai Mas iaitu sekitar abad ke-5 Masihi,” katanya kepada Bernama selepas melawat tapak peninggala­n sejarah Kota Bukit Meriam dan Kota Sungai Emas di sini, semalam.

Menurut cerita melalui hikayat terkenal itu, pusat pemerintah­an di Kedah bermula di Kota Langkasuka sebelum berpindah ke Serokam, Kota Sungai Emas, Kota Aur dan akhirnya dipercayai di Bukit Meriam.

Sultan Mudzafar Shah I dikatakan mangkat pada 1179 dan disemadika­n di Makam Kota Bukit Meriam.

Malahan, kewujudann­ya melalui gelaran Keramat Tok Wahid di kawasan perkuburan di Kampung Berangan di Kota Bukit Meriam menambah kebarangka­lian terdapat pemimpin awal Kedah yang merujuk kepada Merong Mahawangsa.

“Ini kerana dalam bahasa Arab, wahid bererti pertama dan ini dapat dikaitkan kepada Sultan Mudzafar Shah I sebagai Sultan Kedah yang pertama.

“Ukiran sulur kacang pada makam yang membentuk seperti tanda Om menunjukka­n budaya lama yang dikaitkan dengan agama Hindu yang menambah dekatnya masa dengan agama tersebut dan bagi sultan pertama Kedah yang sebelumnya beragama Hindu iaitu Raja Merong Mahawangsa atau Seri Paduka Maharaja Derbar Raja,” katanya.

Tambahnya, penemuan ini sekali gus dapat menolak penemuan makam Sultan Mudzafar I di Kampung Pengkalan Bujang yang sebelum ini dipersetuj­ui oleh Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK).

“Antara bukti yang ditemui adalah Batu Nisan Kepala yang berukuran 93.98 sentimeter ( cm) termasuk puting, lebar bahu 35.56cm, pinggangny­a 27.94cm manakala tapaknya adalah 33.02cm dengan ukuran tebalnya, 8.89cm.

“Sifat batu itu iaitu daripada batu kawi menunjukka­n ia wujud lebih awal daripada jenis Samuder- Pasai yang lazimnya diimport dari sana dan penggunaan batu kawi sebagai nisan amat luar biasa kerana ia tidak pernah wujud di tempat lain di Kedah malah nusantara,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi PSMCK Datuk Dr. Wan Shamsudin Mohd Yusuf berkata, kaitan antara pen- emuan makam dan Merong Mahawangsa perlu kajian yang lebih mendalam.

“Kita perlu tahu bahawa Merong Mahawangsa hanya dicatatkan dalam Hikayat Merong Mahawangsa yang kebanyakan­nya bersifat mitos.

“Saya lebih suka mengaitkan­nya dengan Seri Paduka Maharaja Debar Raja yang dicatat dalam At- Tarikh Salasilah negeri Kedah,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KENANGAN: Seramai 20 ahli Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Kedah, pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) dan waris Diraja Kedah bergambar di tapak peninggala­n sejarah Kota Bukit Meriam dan Kota Sungai Emas di Sungai Petani, semalam.
— Gambar Bernama KENANGAN: Seramai 20 ahli Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Kedah, pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) dan waris Diraja Kedah bergambar di tapak peninggala­n sejarah Kota Bukit Meriam dan Kota Sungai Emas di Sungai Petani, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? KUNJUNG: Seorang Ahli Persatuan Sejarah mengenal pasti pemilik batu nisan ketika berkunjung ke Tanah Perkuburan Kampung Sungai Emas.
— Gambar Bernama KUNJUNG: Seorang Ahli Persatuan Sejarah mengenal pasti pemilik batu nisan ketika berkunjung ke Tanah Perkuburan Kampung Sungai Emas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia