Utusan Borneo (Sarawak)

Polis bantuan terima pingat gagah perwira

-

GEORGE TOWN: Keberanian seorang anggota polis bantuan untuk terjun ke dalam laut dari Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah bagi menyelamat­kan seorang wanita April lalu mendapatka­n pengiktira­fan apabila semalam menerima Pingat Gagah Perwira daripada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas.

Konstabel Zaidi Salleh, 52, seorang polis bantuan syarikat Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) merupakan individu pertama yang menerima pingat itu setelah lebih 10 tahun ia tidak dianugerah­kan kerana tiada individu yang layak.

“Pengorbana­n saya sangat sedikit namun disanjung ting- gi, saya begitu berterima kasih dan terhutang budi kepada seluruh rakyat Malaysia dan media yang berikan sokongan kepada saya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penganuger­ahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang sempena Hari Ulang Tahun ke-80 Abdul Rahman di sini semalam.

Bapa kepada tiga anak itu berkata keberanian­nya untuk terjun ke dalam laut untuk menyelamat­kan wanita itu merupakan hasil daripada latihan ketika beliau berkhidmat sebagai anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) selama 25 tahun.

“Terima kasih buat TUDM yang telah memberi latihan kepada saya, sehingga kini saya bawa ilmu itu. Saya juga dedikasika­n pingat ini kepada Panglima TUDM Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan seluruh warga TUDM yang memberikan sokongan dan semangat kepada saya,” katanya.

Zaidi berkata beliau telah mula berkhidmat dengan TUDM pada tahun 1987 sebelum bersara dan menyertai polis bantuan JKSB pada tahun 2013.

Sebelum ini, Zaidi juga pernah diberi pengiktira­fan oleh kerajaan Pulau Pinang, Majlis Tindakan Persekutua­n Negeri Pulau Pinang dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENGHARGAA­N: Zaidi menunjukka­n Pingat Gagah Perwira (PGP) yang diterimany­a sempena Ulang Tahun ke-80 Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas, di Dewan Sri Pinang dekat George Town, semalam.
— Gambar Bernama PENGHARGAA­N: Zaidi menunjukka­n Pingat Gagah Perwira (PGP) yang diterimany­a sempena Ulang Tahun ke-80 Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas, di Dewan Sri Pinang dekat George Town, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia