Utusan Borneo (Sarawak)

Empat maut, empat cedera dalam kemalangan

-

KUALA LUMPUR: Empat maut, seorang cedera parah manakala tiga yang lain cedera ringan dalam kemalangan membabitka­n enam kenderaan termasuk sebuah treler di Km 446 Lebuhraya UtaraSelat­an (PLUS) melibatkan kedua-dua arah tengah hari semalam.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba Penyelamat Selangor, Alimaddia Bukri berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan maut yang mengorbank­an dua wanita, seorang lelaki dan seorang kanak- kanak lelaki itu pada jam 12.02 tengah hari.

“Tiga pasukan dan tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh, Rawang dan Selayang dikerahkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan bagi kerja- kerja menyela- mat,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata kejadian dipercayai berlaku apabila treler yang menghala ke arah utara terbabas sebelum memasuki lorong bertentang­an ke arah selatan lalu melanggar kenderaan di laluan berkenaan.

“Kemalangan itu telah menyebabka­n kesesakan jalan sepanjang 20 kilometer,” katanya.

Katanya kesemua mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat dan menerima rawatan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Selangor, Supt Azman Shari’at berkata siasatan awal mendapati treler berkenaan sedang dalam perjalanan dari ibu negara menghala ke utara terlanggar sebuah kereta sebelum terbabas ke laluan berten- tangan lalu bertembung dengan tiga kenderaan dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV).

“Kemalangan menyebabka­n laluan sesak di kedua-dua arah...pengguna jalan raya diminta bersabar dan memilih laluan lain bagi mengelak kesesakan,” katanya.

Setakat ini, aliran trafi k di kedua-dua arah bergerak perlahan dengan dikawal anggota trafik. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia