Utusan Borneo (Sarawak)

23 pelacur warga asing ditahan di George Town

-

GEORGETOWN: Beberapa pelacur warga asing yang sedang menawarkan khidmat bertindak melarikan diri ketika serbuan dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang di Jalan Penang di sini semalam.

Tindakan mereka, bagaimanap­un berjaya digagalkan apabila ditahan anggota penguat kuasa JIM yang mengepung premis terbabit terlebih dahulu.

Ketua Bahagian Penguatkua­sanya Khwaja Banthey Navaz Mohamed Haneef berkata bertindak hasil maklumat dan risikan sejak seminggu lepas, pihaknya melancarka­n operasi di tiga premis iaitu hotel murah di Jalan Penang semalam.

“Dalam serbuan bermula 12.30 tengah hari itu, seramai 23 wanita warga asing dari Indonesia dan Vietnam ditahan.

Kesemua mereka berumur 20 hingga 30 tahun. Semasa serbuan ada beberapa pelacur itu cuba melarikan diri dalam keadaan tidak berpakaian bagi mengelak ditahan, namunkamib­erjaya menahan mereka,” katanya di sini semalam.

Khwaja Banthey Navaz berkata berdasarka­n pemeriksaa­n, semua pelacur wanita itu didapati masuk ke negara ini menggunaka­n pas lawatan sosial iaitu sebagai pelancong sejak awal tahun ini dan berpindah randah dari satu negeri ke negeri lain dengan menawarkan khidmat seks.

“Siasatan lanjut masih dijalankan sama ada mereka yang ditahan itu bekerja sebagai pelacur menerusi sindiket atau sesiapa,” katanya.

Beliau berkata dalam operasi itu pihaknya turut menahan 10 lelaki warga asing terdiri daripada warga Bangladesh dan Indonesia yang juga pelanggan kepada pelacur terlibat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia