Utusan Borneo (Sarawak)

Kumpulan geng pecah rumah ditahan polis sebelumn sempat lakukan jenayah

-

KUALA LUMPUR: Tindakan pantas polis berjaya menghalang dan menahan sekumpulan geng pecah rumah dan curi kenderaan daripada terus melakukan aktiviti jenayah itu.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata kumpulan penjenayah yang terdiri daripada tiga lelaki berumur lingkungan 37 hingga 48 tahun itu diberkas pada jam 6.30 petang kelmarin.

“Bertindak atas maklumat yang diperoleh, kita berjaya mengesan dan menahan sebuah kereta yang dinaiki oleh tiga lelaki ini dalam keadaan mencurigak­an di kawasan berhampira­n Pasaraya Mydin, Bandar Teknologi Kajang.

“Ketika pemeriksaa­n dilakukan, pemandu kereta bertindak agresif, cuba melarikan diri dengan melanggar kereta pasukan polis. Bagaimanap­un, kita berjaya memberhent­ikan kereta berkenaan walaupun terdapat pergelutan antara suspek dengan polis ketika tangkapan dilakukan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata siasatan awal mendapati dua daripada suspek turut mempunyai masing-masing 10 dan tujuh rekod jenayah serta pernah dipenjarak­an atas kesalahan dadah dan jenayah pecah rumah.

Dzaffir berkata kereta jenis Honda yang dinaiki suspek merupakan kereta curi dan dilaporkan hilang di daerah Nilai, Negeri Sembilan selain ketiga- tiga suspek turut positif dadah jenis Methamphet­amine.

Beliau berkata polis turut menemui pelbagai jenis telefon bimbit, komputer riba, sejumlah wang tunai termasuk matawang luar negara, beberapa dokumen peribadi, barangan kemas dan peralatan pecah rumah.

“Melalui suspek, polis juga berjaya mengesan sebuah lagi kereta jenis Honda HRV yang telah dilaporkan hilang di kawasan Bandar Teknologi, Kajang, Isnin lepas,” katanya.

Dzaffir berkata suspek juga turut mengaku bahawa mereka telah melakukan jenayah pecah rumah di kawasan Cheras Perdana, Batu 9 Cheras dan Kajang barubaru ini.

Beliau turut menjelaska­n hasil penahanan kumpulan ini, pasukan polis IPD Kajang telah berjaya menyelesai­kan tiga kes yang disiasat membabitka­n kes pecah rumah dan larikan kenderaan di Kajang dan Nilai, Negeri Sembilan serta kes pecah rumah di Cheras Perdana.

“Dipercayai, kumpulan ini banyak terlibat dalam kes pecah rumah di sekitar Lembah Klang dan siasatan lanjut akan dijalankan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia