Utusan Borneo (Sarawak)

Berjaya jimatkan masa pemeriksaa­n Kastam dan Imigresen di lapangan terbang kepada 1 jam

-

MADINAH: Program prapelepas­an jemaah haji Malaysia di antara Malaysia dan Arab Saudi yang mula dilaksanak­an tahun ini ternyata berkesan dalam memendekka­n tempoh menunggu jemaah haji di lapangan terbang.

Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Datuk Zainol Rahim Zainuddin berkata program kerjasama antara kedua-dua negara ini telah menjimatka­n masa pemeriksaa­n Kastam dan Imigresen di lapangan terbang kepada satu jam berbanding empat jam sebelum ini.

“Saya ingin mengucapka­n terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi kerana telah banyak membantu dan memudahkan kemasukan jemaah- jemaah haji kita. Ini merupakan pertama kali program ini dilaksanak­an untuk jemaah haji kita dan Malaysia merupakan negara yang terawal diberi penghormat­an ini.

Proses kemasukan jemaah kita pada hari ini (semalam) amat mudah dan berjalan dengan begitu lancar. Ini merupakan pembaharua­n oleh kerajaan Arab Saudi yang amat kita hargai,” katanya kepada media selepas menyambut ketibaan kumpulan pertama jemaah haji ke Madinah di sini, semalam.

Kumpulan jemaah haji pertama tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Putera Mohammad Abdulaziz kirakira jam 9.24 pagi waktu tempatan dan tiba di hotel Movenpick di zon dua penginapan pada kira-kira 10.50 pagi disambut oleh Zainol bersama-sama Timbalan Ketua Rombongan (Kebajikan) Nurrinanuw­ar Shamsuddin dan Pengarah Operasi Tabung Haji Madi-

Pelaksanaa­n program ini menunjukka­n bahawa kerjasama antara kedua-dua kerajaan (Arab Saudi dan Malaysia) adalah sangat baik. Program prapelepas­an bagi jemaah haji ini belum pernah lagi ditawarkan untuk negara

Malaysia. ” negara yang lain selain Datuk Zainol Rahim Zainuddin Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi

nah Affandi Abdullah.

Zainol Rahim berkata pelaksanaa­n program prapelepas­an bagi jemaah Malaysia ini juga menandakan hubungan dua hala Malaysia-Arab Saudi kekal berada di tahap yang baik walaupun Malaysia di bawah pemerintah­an kerajaan yang baharu.

“Pelaksanaa­n program ini menunjukka­n bahawa kerjasama antara keduadua kerajaan ( Arab Saudi dan Malaysia) adalah sangat baik. Program prapelepas­an bagi jemaah haji ini belum pernah lagi ditawarkan untuk negara-negara yang lain selain Malaysia,” katanya.

Zainol Rahim berharap jemaah haji Malaysia dapat mengekalka­n disiplin mereka sepanjang berada di Tanah Suci di samping banyak bersabar dalam menghadapi dugaan dalam menunaikan ibadat Haji pada tahun ini.

Sementara itu, seorang jemaah haji, Latifah Omar, 74, yang berasal dari Sik, Kedah, berkata beliau begitu teruja dan bersyukur kerana dapat menunaikan haji pada tahun ini bersama anak dan menantunya.

“Ini merupakan kali pertama saya sampai ke sini (Madinah) dan alhamdulil­lah, urusan di lapangan terbang tadi amat mudah dan cepat, saya tak rasa penat,” katanya.

Pendapat beliau turut dikongsi pasangan suami isteri dari Marang, Terengganu, yang memuji layanan disediakan pihak Tabung Haji dan kerajaan Arab Saudi sepanjang perjalanan mereka ke Madinah.

Anuar Ismail, 53, dan isteri Ramlah Jusoh, 48, ternyata gembira dengan perkhidmat­an dan penjimatan masa melalui program prapelepas­an oleh kerajaan Arab Saudi yang dilakukan di Kuala Lumpur.

“Kami tak perlu tunggu lama (di lapangan terbang Madinah). Sekejap sahaja dan terus naik bas, jadi tak rasa penat sangat,” katanya. — Bernama

 ?? — Gamabr Bernama ?? DOA: Petugas Haji Madinah mengadakan bacaan Yasin dan solat hajat di pejabat Tabung Haji Madinah sebelum memulakan Operasi Haji.
— Gamabr Bernama DOA: Petugas Haji Madinah mengadakan bacaan Yasin dan solat hajat di pejabat Tabung Haji Madinah sebelum memulakan Operasi Haji.
 ?? — Gambar Bernama ?? KETIBAAN: Zainol (empat kanan) menyambut ketibaan kumpulan pertama jemaah haji di Hotel Movenpick, Madinah, semalam.
— Gambar Bernama KETIBAAN: Zainol (empat kanan) menyambut ketibaan kumpulan pertama jemaah haji di Hotel Movenpick, Madinah, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? SELAMAT JALAN: Jemaah haji berada di pintu pelepasan di Lapangan Terbang Antarabang­a Kuala Lumpur dekat Putrajaya, semalam sementara menanti penerbanga­n pertama ke tanah suci bagi mengerjaka­n ibadah haji.
— Gambar Bernama SELAMAT JALAN: Jemaah haji berada di pintu pelepasan di Lapangan Terbang Antarabang­a Kuala Lumpur dekat Putrajaya, semalam sementara menanti penerbanga­n pertama ke tanah suci bagi mengerjaka­n ibadah haji.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia