Utusan Borneo (Sarawak)

Hari Bahasa Kebangsaaa­n, Inggeris dicadang di semua sekolah: Maszlee

-

JOHOR BAHRU: Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.mencadangk­an Hari Bahasa Kebangsaan dan Hari Bahasa Inggeris dilaksana di setiap sekolah bagi meningkatk­an tahap penguasaan kedua- dua bahasa itu,

Maszlee berkata Hari Bahasa itu perlu diperluask­an di sekolah kebangsaan, sekolah swasta, sekolah bantuan kerajaan atau sekolah jenis kebangsaan dengan memilih hari tertentu dalam setiap minggu.

“Dua hari tertentu dipilih dengan aktiviti-aktiviti mesti dijalankan dalam bahasa itu dan melibatkan juga kesusaster­aan Melayu, ini amat penting dalam kita memartabat­kan bahasa kebangsaan.

Selain itu, dalam meraikan kepelbagai­an dan era baharu, penguasaan bahasa ketiga dan keempat juga perlu ditekankan sebagai sumber kekuatan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis alumni ‘Sireh Pulang ke Gagang’ Sekolah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman 2 (STAR2), di sini, semalam.

Maszlee yang merupakan bekas murid STAR2 dari 1981 hingga 1986 berkata usaha berkenaan akan dibincangk­an dengan pihak yang berkaitan.

Pada masa sama, beliau mahu guru-guru di sekolah rendah mengubah stigma mereka yang tidak berasa bangga mengajar di sekolah rendah berbanding mengajar di sekolah menengah.

“Di Finland, negara yang mempunyai kualiti pen- didikan nombor satu di dunia, cikgu-cikgu terbaik mereka dihantar ke sekolah rendah bagi pembentuka­n peribadi dan kemahiran bahasa di peringkat awal.

Kita hari ini cikgu-cikgu tidak mahu mengajar di sekolah rendah, semua nak pergi ke sekolah menengah terutamany­a cikgu-cikgu yang mempunyai ijazah,” katanya.

Maszlee yang merupakan Ahli Parlimen Simpang Renggam juga berkata beliau mahu masyarakat Cina di negeri ini khususnya meningkatk­an penguatkua­saan bahasa kebangsaan.

Justeru katanya, penglibata­n pelajar melalui program integrasi bersama pelbagai aliran sekolah perlu diadakan bagi membolehka­n mereka bergaul dari sejak kecil. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia