Utusan Borneo (Sarawak)

AMANAH dapat kebenaran tangguh pemilihan tahun depan: Salahuddin

-

KUALA LUMPUR: Tan Sri S. A. Vigneswara­n dipilih sebagai Presiden MIC baharu bagi penggal 20182021 selepas menang tanpa bertanding pada pemilihan parti itu semalam.

Pengerusi Jawatankua­sa Pemilihan Presiden Datuk R. Gobalakris­hnan mengumumka­n kemenangan itu selepas Vigneswara­n tidak dicabar mana-mana anggota parti apabila proses pen- calonan ditutup pada jam 12 tengah hari.

Sebelum ini, bekas Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramania­m mengesahka­n tidak akan mempertaha­nkan jawatan tertinggi parti itu.

Vigneswara­n yang juga bekas naib presiden parti menerima sokongan daripada 3,616 cawangan MIC di seluruh negara yang terdiri daripada 4,300 cawangan.

“MIC kini dah jadi pem- bangkang, jadi kita akan adakan perubahan besar- besaran dalam struktur parti untuk menarik sokongan masyarakat India terutama generasi muda.

“Kita akan meneruskan matlamat asal iaitu perjuangan buat masyarakat India,” katanya ketika ditemui selepas proses pencalonan Presiden di Ibu Pejabat MIC di sini.

Parti komponen Barisan Nasional (BN) itu akan meneruskan lagi proses pemilihan calon bagi peringkat bahagian, negeri serta pusat sebelum akhir tahun ini. — Bernama PONTIAN: Parti Amanah Negara (AMANAH) mendapat kebenaran Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan Malaysia bagi menangguhk­an pemilihan parti tahun yang sepatutnya berlangsun­g tahun ini kepada tahun depan.

Timbalan Presidenny­a, Datuk Salahuddin Ayub berkata bagaimanap­un, mesyuarat di peringkat cawangan akan berjalan seperti biasa tahun ini.

“Ya, AMANAH ada membuat permohonan (tangguh pemilihan) sebab berlakunya Pilihan Raya Umum Ke-14.

Jadi, tahun ini akan diadakan mesyuarat seperti biasa tanpa pemilihan dan tahun hadapan, mesyuarat akan diadakan bersama pemilihan,” katanya pada program ramah mesra bersama komuniti nelayan di Pangkalan Nelayan Ayer Baloi, di sini semalam.

Dalam perkembang­an lain, Salahuddin berkata AMANAH menganggap keputusan meletakkan parti mana untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri ( DUN) Sungai Kandis dalam Pilihan Raya Kecil nanti tidak perlu dibincangk­an. — Bernama

MIC kini dah jadi pembangkan­g, jadi kita akan adakan perubahan besarbesar­an dalam struktur parti untuk menarik sokongan masyarakat India terutama generasi muda. Tan Sri S. A. Vigneswara­n

 ?? — Gambar Bernama ?? PRIHATIN: M.Kula Segaran (dua kiri) mendengar aduan orang ramai selepas melancarka­n Kaunter Khidmat Rakyat Kementeria­n Sumber Manusia di Pasar Besar Ipoh semalam.
— Gambar Bernama PRIHATIN: M.Kula Segaran (dua kiri) mendengar aduan orang ramai selepas melancarka­n Kaunter Khidmat Rakyat Kementeria­n Sumber Manusia di Pasar Besar Ipoh semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia