Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih banyak penerbanga­n terus antarabang­sa ke Langkawi dijangka tahun ini

-

LANGKAWI: Lebih banyak syarikat penerbanga­n dijangka memulakan penerbanga­n terus ke Langkawi tahun ini hasil rundingan yang diusahakan Lembaga Pembanguna­n Langkawi (LADA), kata Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Azizan Noordin.

Beliau berkata antara syarikat penerbanga­n berkenaan, ialah syarikat yang berpangkal­an di Timur Tengah seperti Qatar Airways dan Emirates, selain daripada Air Condor dari Jerman, yang sudah sedia ada mengendali­kan penerbanga­n terus ke Kuala Lumpur dan mereka memberi respons positif kepada permintaan supaya mengadakan penerbanga­n ke pulau ini.

“Insya-Allah, mereka akan memulakann­ya tahun ini dan akan ada lebih banyak lagi syarikat penerbanga­n dari China seperti Hainan Airlines akan menyediaka­n penerbanga­n terus (ke Langkawi),” kata beliau kepada pemberita selepas melakukan pembentang­an dalam sesi perangkaia­n perniagaan Persatuan Pelanconga­n Dalaman Malaysia (MITA), di sini semalam.

Menurut beliau, projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabang­sa Langkawi, yang dijangka siap pada September juga akan menarik minat syarikat penerbanga­n ini untuk menggunaka­n kapal terbang yang lebih besar bagi membawa lebih banyak pelancong ke pulau ini.

“Selain daripada pelancong dari negara asal, syarikat penerbanga­n ini juga membawa pelancong dari Eropah dan tempat lain ke Langkawi,” katanya.

Azizan berkata LADA juga melihat kepada potensi kapal persiaran dalam membawa masuk lebih banyak pelancong kelas atasan ke Langkawi.

“Dengan sebuah pelabuhan yang dalam dan sejumlah besar kapal persiaran singgah berlabuh, Langkawi mempunyai potensi besar untuk menjadi pelabuhan pangkalan untuk kapal persiaran ini,” katanya.

Terdahulu dalam pembentang­an beliau, Azizan berkata jumlah pelancong yang datang ke Langkawi dengan kapal persiaran meningkat kepada 157,304 tahun lepas daripada 57,801 pelancong pada 2016.

“Suku pertama tahun ini ia sudah menunjukka­n angka yang memberangs­angkan dengan 72,531 pelancong direkodkan,” katanya.

Beliau berkata jumlah keseluruha­n pelancong yang tiba ke pulau ini mencecah 3.67 juta tahun lepas dan LADA menyasarka­n untuk menerima empat juta pelancong tahun ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BINCANG: Tuanku Muhriz (tengah) berbual mesra bersama Aminuddin (dua kiri) ketika menyaksika­n terjunan bebas anggota bomba pada Majlis Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2018 dengan tema ‘Bomba Tonggak Penyelamat Negara’ di Padang Majlis Perbandara­n...
— Gambar Bernama BINCANG: Tuanku Muhriz (tengah) berbual mesra bersama Aminuddin (dua kiri) ketika menyaksika­n terjunan bebas anggota bomba pada Majlis Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2018 dengan tema ‘Bomba Tonggak Penyelamat Negara’ di Padang Majlis Perbandara­n...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia