Utusan Borneo (Sarawak)

Tidak umum nama speaker Dewan Rakyat, tidak jejas persidanga­n

-

IPOH: Persidanga­n parlimen tidak akan terjejas berikutan pengumuman nama speaker belum dibuat walaupun mesyuarat pertama akan bermula Isnin depan.

Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran berkata tindakan pihak yang sengaja mensasikan isu tersebut dilihat sebagai bertujuan mengalihka­n perhatian rakyat daripada isu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Persidanga­n ( parlimen) tidak akan terjejas. Terdapat peraturan tertentu yang harus diikuti.

“Bagi kami (Pakatan Harapan) buat kerja kami, walaupun baharu dua bulan (jadi kerajaan) tapi kami yakin boleh menjawab semua soalan,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n Kaunter Khidmat Rakyat Kementeria­n Sumber Manusia di Pasar Besar Ipoh di sini, semalam.

Kula Segaran yang juga ahli Parlimen Ipoh Barat mengulas mengenai tular menyatakan kelewatan men- gumumkan nama speaker adalah menyalahi Peraturan Majlis Mesyuarat Perkara 3 dan 4 iaitu nama calon perlu diberikan kepada Setiausaha Dewan Rakyat dalam tempoh sekurang-kurangnya 14 hari sebelum mesyuarat.

Mengulas program semalam Kula Segaran berkata ia mendapat sambutan menggalakk­an daripada orang ramai kerana diadakan di tempat tumpuan masyarakat termasuk pasar awam.

“Mungkin selepas ini kita akan adakan di pasar malam supaya lebih ramai boleh datang dan berkongsi masalah mereka,” katanya.

Menyentuh mengenai portal JobsMalays­ia 2.0 yang dilancarka­n 12 Julai lalu, Kula Segaran berkata ia bertujuan sebagai pusat sehenti yang menyediaka­n maklumat pasaran kerja kepada orang ramai.

Katanya berdasarka­n rekod, jumlah pencari kerja aktif dalam negara adalah seramai 241,057, manakala kekosongan aktif adalah sebanyak 114,138 jawatan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia