Utusan Borneo (Sarawak)

Keperluan asas rakyat penting dalam perancanga­n pembanguna­n P. Pinang

-

GEORGE TOWN: Keperluan asas rakyat terutama kemudahan kediaman yang benar-benar mampu dimiliki perlu disediakan dalam apa jua perancanga­n pembanguna­n dibuat.

Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas berkata kerajaan negeri melalui Perbadanan Pembanguna­n Pulau Pinang dan syarikat-syarikat swasta sedang dalam peringkat perancanga­n atau pembinaan sebanyak 55,721 unit rumah mampu milik pelbagai kategori di seluruh negeri.

“Dengan pembinaan projek-projek perumahan mampu milik ini, diharapkan dapat membantu rakyat memiliki rumah sendiri,” katanya ketika berucap pada Majlis Penganuger­ahan Darjahdarj­ah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang sempena sambutan ulang tahun ke-80 beliau di Dewan Sri Pinang, di sini semalam.

Turut hadir Ketua Menteri Chow Kon Yeow, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Datuk Law Choo Kiang dan Se- tiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Datuk Seri Farizan Darus serta barisan exco kerajaan negeri.

Seramai 171 individu bakal menerima pingat dan darjah kebesaran masing- masing termasuk Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin iaitu antara dua penerima Darjah Panglima Pangkuan Negeri ( DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri, pada hari pertama upacara sambutan tersebut.

Seorang lagi penerima DPPN ialah usahawan dan tokoh korporat terkenal berusia 62 tahun, Tan Sri Tan King Tai @ Tan Khoon Hai.

Sementara itu, Abdul Rahman turut mengingatk­an penerima pingat, bintang dan darjah kebesaran bahawa penganuger­ahan ini adalah sesuatu yang teristimew­a kepada setiap penerima.

“Semua penerima perlu pada setiap masa menjaga tata susila dan tingkah laku kerana masyarakat akan memerhati dan menilai setiap penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia