Utusan Borneo (Sarawak)

Pemilik premis di N. Sembilan perlu pastikan premis mereka selamat diduduki

-

SEREMBAN: Semua pemilik premis di Negeri Sembilan perlu memastikan premis milik mereka benar-benar selamat diduduki dan mempunyai sistem keselamata­n kebakaran yang berfungsi pada setiap masa, kata Menteri Besar Aminuddin Harun.

Beliau berkata ini bagi mengelakka­n sebarang risiko kebakaran daripada berlaku sekaligus boleh menyebabka­n kerugian dan kehilangan nyawa.

“Suka saya mengingatk­an bahawa aspek keselamata­n tidak boleh diambil ringan, sebaliknya perlu diberi keutamaan dalam setiap urusan yang kita laksanakan. Peraturan keselamata­n perlu dipatuhi sepenuhnya agar trageditra­gedi menyayat hati yang pernah berlaku sebelum ini dapat dielakkan,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada majlis sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2018 peringkat kebangsaan di Padang Majlis Perbandara­n Seremban (MPS) di sini yang dirasmikan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Turut berangkat Tengku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.

Hadir sama Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin, Ketua Setiausaha kementeria­n Datuk Mohammad Mentek, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Mohammad Hamdan Wahid dan Pengarah JBPM Negeri Sembilan Norazam Khamis.

Masyarakat, kata Aminud- din, perlu melaporkan segera kepada JBPM sekiranya terdapat sebarang perlanggar­an undang-undang yang dilakukan pemilik premis supaya tindakan segera dapat diambil.

“Kita perlu menjadi masyarakat yang prihatin agar risikorisi­ko kebakaran dan kecemasan dapat dielakkan ke tahap paling minimum,” katanya sambil menyeru semua rakyat di negeri ini memberikan kerjasama dan sokongan padu kepada JBPM dalam aspek keselamata­n dan pencegahan kebakaran.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirka­n penghargaa­n buat warga JBPM di atas sumbangan mereka yang sanggup bergadai nyawa demi menyelamat­kan mangsa yang terlibat bencana.

Negeri Sembilan mempunyai 17 balai bomba di lapan daerah. — Bernama KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri sedia menaja kos rawatan Nur Zulaikha Khumaira Zulkifli, 7, untuk mendapatka­n tangan palsu agar kanak-kanak itu dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik.

Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata beliau akan melawat kanakkanak itu dalam masa terdekat.

“Semoga sumbangan yang tidak seberapa ini dapat membantu adik Khumaira meneruskan kehidupan seperti biasa. Diharapkan juga agar adik Khumaira dan keluarga tabah serta cekal menerima dugaan yang berat ini,” katanya menerusi catatan laman sosial Facebook beliau semalam.

Dalam kejadian kira-kira 9.30 malam kelmarin, mangsa putus lengan kiri selepas bajunya tersangkut pada rim motosikal ketika membonceng motosikal yang ditunggang kakak sepupunya, Noor Aina Hananie Razalie, 18, untuk ke rumah penghulu kampung bagi mendapatka­n cop pengesahan permohonan pembiayaan pendidikan Yayasan Terengganu (YT).

Kemalangan di Kampung Binjai Bongkok dekat Marang itu menjadi tular dan mendapat perhatian rakyat Malaysia yang simpati dengan nasib malang kanak-kanak tersebut.

Nur Zulaikha Khumaira kini masih dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Kelmarin, ketika ditemui Bernama, bapa kanak-kanak itu, Zulkifli Mohamad, 38, melahirkan kebimbanga­n ekoran keputusan awal doktor yang menyatakan kemungkina­n anaknya tidak dapat menggunaka­n tangan palsu berikutan kecederaan yang dialaminya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TABAH: Khumaira ditemani ibu bapanya Rohidayu Siup@Yusof, 29, (dua kiri) dan Zulkifli ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) semalam.
— Gambar Bernama TABAH: Khumaira ditemani ibu bapanya Rohidayu Siup@Yusof, 29, (dua kiri) dan Zulkifli ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia