Utusan Borneo (Sarawak)

Jawatan penasihat MB Perak perlu dikaji keperluann­ya

-

IPOH: Kerajaan negeri Perak perlu mengkaji sama ada jawatan penasihat khas kepada Menteri Besar negeri itu perlu diwujudkan serta bidang tugas jawatan itu, kata seorang anggota Exco semalam.

Pengerusi Jawatankua­sa Pelaburan dan Pembanguna­n Koridor negeri Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata kajian secara terperinci perlu termasuk melihat sama ada jawatan itu diperlukan atau sebaliknya oleh pentadbira­n kerajaan negeri.

“Oleh kerana menteri besar cuma mendapatka­n nasihat daripada individu yang mempunyai kemahiran dalam bidang tertentu, jadi kita kena lihat perkembang­an semasa dan kalau perlu pun apakah bidang tugas dia kita akan kaji semua aspek itu,” kata beliau yang juga Timbalan Pengerusi AMANAH Perak.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Rapat berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Gotong- Royong Perdana di Sekolah Kebangsaan Sungai Rapat di sini semalam.

Mohammad Nizar mengulas cadangan Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu untuk melantik Ketua Penerangan Keadilan Perak Senator Siti Aishah Shaik Ismail sebagai penasihat khas menteri besar Perak bertaraf Exco.

Menjelas lanjut, Mohammad Nizar yang juga bekas menteri besar Perak tidak menolak kemungkina­n terdapat Exco yang tidak bersetuju dengan pelantikan Siti Aishah.

“Sebab itu kita perlu mengadakan perbincang­an terlebih dahulu sebelum kita mendapat keputusan secara kolektif. Kita perlu mengadakan perbincang­an dan menyelami sekiranya terdapat masalah serta pro dan kontra (pelantikan Siti Aishah sebagai penasihat menteri besar).

“Buat masa ini, semua pihak perlu menunggu keputusan kerajaan negeri sehinggala­h perbincang­an mengenainy­a selesai dilakukan dan kita akan umumkan keputusann­ya,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia