Utusan Borneo (Sarawak)

Kemenangan berikan kejuaraan kedua buat Perancis, Dalic harapan Croatia untuk memenangi Piala Dunia yang pertama

-

MOSCOW, Rusia: Satu bulan dan 63 perlawanan berlalu, Piala Dunia 2018 sampai ke kemuncak hari ini ketika skuad muda Perancis yang diketuai Kylian Mbappe dan Antoine Griezmann memburu kejuaraan dunia buat kali kedua untuk Perancis apabila menentang Croatia di final malam ini.

Ia adalah final yang tidak ramai jangkakan sebelum kejohanan bermula.

Lionel Messi, Cristiano Ronaldo dan Neymar sudah pulang awal bersama-sama pasukan kuat tradisi bola sepak antarabang­sa – Argentina, Brazil dan Jerman.

Sebaliknya, pasukan berbakat Perancis dengan skuad kedua paling muda pada kejohanan ini, diketuai penyerang pantas Mbappe, akan berdepan skuad berbakat Croatia diketuai bintang tengahnya, Luka Modric, salah seorang pemain tengah terbaik dunia ketika ini.

M u n g - kin ramai p e m i n a t berkecuali berasa kecewa kerana final tidak mempertemu­kan dua gergasi bola sepak d u n i a , a t a u t i a d a pasuk a n dari Amerika Selatan.

Ia adalah kali kedua di mana tiada pasukan seperti Brazil, Jerman, Itali atau Argentina ke final, selepas Sepanyol menew a s k a n B e l a n d a p a d a 2010. Tetapi ia masih final Piala Dunia tidak kira siapa yang mengesahka­n tempat dan bagi Perancis, ada kemungkina­n mereka menyertai Argentina dan Uruguay sebagai pemenang dua kali Piala Dunia selepas memenangin­ya buat kali pertama pada 1998. Ketika itu, Didier Deschamps – jurulatih semasa Perancis – memenangin­ya sebagai kapten Perancis dan beliau boleh menjadi orang ketiga memenangi trofi Piala Dunia sebagai pemain dan j u r u l a t i h selepas Mario Zagallo dan Franz Beckenbaue­r. “Final Piala Dunia, ia seperti i mpian m a s a k e c i l menjadi k e n y - a t a a n , ” kata pemain t e n g a h Perancis, Blaise Matuidi.

“Kami begitu hampir kepada ( kejuaraan) trofi di mana kami mahu menyentuhn­ya. Ini adalah perlawanan paling penting dalam kehidupan kami.”

Tewas kepada Itali menerusi penentuan sepakan penalti kepada Itali pada 2006, keazaman Perancis untuk memburu satu lagi kejuaraan antarabang­sa berkecai apabila tewas kepada Portugal di final Euro 2016.

“Ia satu pengajaran, dan ia bermakna kami tahu bagaimana untuk bermain di final,” kata Matuidi.

Separuh dari pasukan Perancis ketika itu adalah berbeza kali ini, dengan Mbappe mencuri perhatian. Prestasi hebat beliau meledak apabila membantu Perancis menewaskan Argentina 4- 3 di pusingan kedua di mana beliau menjaringk­an dua gol tetapi selain dari itu, Perancis bermain seperti skuad era Deschamps, dengan penekanan di bahagian pertahanan.

Skuad dengan jolokan ‘Les Bleus’ melepasi pusingan pertama dengan menewaskan Australia dan Peru dengan gol yang banyak dan seri tanpa jaringan dengan Denmark adalah satu-satu keputusan seri di Piala Dunia 2018.

Mereka terbukti terlalu kuat untuk Argentina, Uruguay dan Belgium dan selayaknya pasukan pilihan di final, yang mirip perlawanan separuh akhir Piala Dunia 1998.

Ketika itu, dua gol Lilian Thuram menewaskan pasukan Croatia yang bermain di Piala Dunia buat kali pertama sebagai negara merdeka. Dua puluh tahun kemudian,

Croatia mencipta seja- rah mereka sendiri dan dengan penduduk hanya lebih empat juga orang, mereka adalah negara paling kecil yang melangkah ke final sejak Uruguay pada 1950.

Selepas menang kesemua tiga perlawanan pusingan pertama, mudah menewaskan A r - gentina, m e r e k a menewaskan Denmark dan Rusia menerusi penentuan sepakan penalti dan menewaskan

E n g - land dalam masa tambahan di separuh akhir.

Ia adalah perlawanan yang sukar dan meletihkan buah anak buah Z l a t k o D a l i c d a n merek a kini harus melakukann­ya buat kali terakhir. “Kami mengambil laluan yang berbeza, mungkin kami akan menjadi pasukan tunggal di Piala Dunia yang bermain lapan perlawanan untuk melangkah ke final, jika anda mengira jumlah keseluruha­n (minit) kami dalam padang,” akui Dalic. “Ia satu p e l u a n g sekali seumur hidup. Ia adalah sukar untuk kami t e t a p i saya pasti kami a k a n mencari kekuatan dan motivasi.” Stadium Luzhniki, b e r h a m - piran Sungai Moscow, akan menjadi tempat untuk p e r l a w a n a n kemuncak ini tetapi sambutan perayaan terbesar pastinya di jalan- jalan di negara y a n g akan menang. D a n p e n - d u d u k C r o a t i a berasa yakin kebanyakan peminat bola sepak dunia akan menyokong mereka. “Saya merasakan ratusan juta orang akan menyokong kami Ahad ini,” kata Ivan Rakitic. — AFP

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia