Utusan Borneo (Sarawak)

Infantino memberi pujian tertinggi kepada Rusia

-

MOSCOW, Rusia: Presiden badan induk bola sepak dunia ( FIFA), Gianni Infantino, berterima kasih kepada penduduk dan kerajaan Rusia Jumaat lepas di atas apa yang beliau gambarkan sebagai ‘Piala Dunia terbaik’ yang pernah diadakan.

Dengan memakai jaket sukarelawa­n FIFA, Infantino memberitah­u wartawan di Moscow di mana infrastruk­tur dan penerimaan Rusia adalah bersamaan dengan kualiti bola sepak dan kejayaan VAR (Video bantuan pengadil) yang telah menyumbang kepada kejayaan pada kejohanan ini.

“Sejak beberapa tahun yang lalu, saya berkata ini adalah Piala Dunia yang terbaik pernah diadakan. Hari ini saya boleh berkata dengan lebih kepercayaa­n di mana ia benar-benar terbaik. Ia adalah Piala Dunia terbaik pernah dianjurkan,” kata Infantino, dua hari sebelum final perlawanan Perancis menentang Croatia.

Infantino memberitah­u Presiden Rusia, Vladimir Putin semasa satu pertemuan di Kremlin minggu lepas di mana dunia “sudah jatuh cinta dengan Rusia,” sejak empat minggu yang lalu dan mengulangi pujian untuk kerajaan Putih dan penganjura­n untuk kejohanan ini.

Lebih dari satu juta penyokong negara luar mengunjung­i Rusia semasa Piala Dunia, menurut angka FIFA dan Infantino berkata gambaran awal terhadap negara itu sudah berubah dengan pengalaman positif mereka.

“Saya fikir Piala Dunia sudah mengubah pandangan dunia terhadap Rusia,” tambah Infantino.

“Semua orang telah menemui sebuah negara yang cantik, sebuah negara men- galu-alukan kehadiran kami, penuh dengan penduduk yang mahu menunjukka­n kepada dunia apa yang mungkin kadang-kadang dikatakan tidak berlaku di sini.”

Dalam padang, Infantino memuji mutu bola sepak dengan merujuk kepada hanya satu perlawanan berkesudah­an seri tanpa jaringan setakat ini.

Kontrovers­i mengenai penggunaan VAR mengancam untuk menyelubun­gi bola sepak di awal kejohanan tetapi Infantino dengan sekerasker­asnya mempertaha­nkan teknologi yang kali pertama diguna pakai di Piala Dunia.

“VAR tidak mengubah bola sepak, VAR membersih bola sepak, menjadikan sukan ini lebih jujur, lebih telus,” kata beliau.

Hanya 16 keputusan diubah dari 19 semakan oleh pengadil selepas mendapat nasihat dari pengadil yang menonton ulang tayang insiden menerusi televisyen.

Jumlah keputusan tepat meningkat menggunaka­n VAR dari 95 peratus kepada 99.32 peratus, menurut Infantino.

“Sekarang, ia sukar untuk memikirkan tentang Piala Dunia tanpa VAR,” tambah beliau. “Ia sememangny­a menjadi lebih tentang pertanding­an kerana VAR. Ia adalah apa yang kami mahu capai dan apa yang sudah kami capai setakat ini.”

Walaupun penguasaan pasukan-pasukan dari Eropah, dengan semua empat pasukan ke separuh akhir dan enam dari lapan pasukan adalah dari Eropah, Infantino mendakwa kehadiran Croatia sebagai negara paling kecil di final sejak 1950 seharusnya memberikan harapan kepada negara lain di Piala Dunia 2022 nanti.

Seperti sedia ada, Piala Dunia Qatar akan menjadi versi terakhir kejohanan dengan 32 pasukan sebelum ditambah 48 pasukan untuk Piala Dunia 2026, yang dianjurkan bersama oleh Amerika Syarikat-Mexico dan Kanada.

Bagaimanap­un, Infantino berkata satu keputusan sama ada pertambaha­n pasukan diawalkan di Piala Dunia 2022 Qatar akan dibincangk­an dan keputusan akan dibuat “dalam beberapa bulan akan datang”. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TERIMA KASIH RUSIA: Infantino mengadakan sidang media di Stadium Luzhniki dua hari sebelum perlawanan akhir Piala Dunia 2018 di antara Perancis dan Croatia di Rusia.
— Gambar AFP TERIMA KASIH RUSIA: Infantino mengadakan sidang media di Stadium Luzhniki dua hari sebelum perlawanan akhir Piala Dunia 2018 di antara Perancis dan Croatia di Rusia.
 ?? — Gambar AFP ?? YAKIN: Griezmann menghadiri sidang media menjelang perlawanan akhir Piala Dunia 2018 di antara Perancis dan Croatia di Rusia.
— Gambar AFP YAKIN: Griezmann menghadiri sidang media menjelang perlawanan akhir Piala Dunia 2018 di antara Perancis dan Croatia di Rusia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia