Utusan Borneo (Sarawak)

Aksi separuh akhir di antara Anderson dan Isner berlarutan sehingga enam jam dan 36 minit

-

LONDON, England: Kevin Anderson dan John Isner mendesak pengurusan kejohanan Grand Slam untuk memperkena­lkan mata penamat untuk set terakhir dari perlawanan lima set selepas perlawanan separuh akhir kedua-dua pemain itu memasuki buku rekod sebagai perlawanan perseorang­an kedua paling lama Jumaat lepas.

Anderson terselamat dari ujian ketahanan apabila menewaskan Isner 7- 6( 8/ 6), 6- 7( 5/ 7), 67(9/11), 6-4 dan 26-24 dalam masa enam jam dan 36 minit.

Set terakhir (set kelima) berlarutan kurang lima mencecah tiga jam.

Dengan kemenangan itu, Anderson, pemain dari Afrika Selatan yang berusia 32 tahun, menjadi pemain pertama negaranya yang melangkah ke final Wimbledon sejak Brian Norton 97 tahun yang lalu.

Beliau akan menentang sama ada Novak Djokovic atau Rafael Nadal di final.

Pertemuan separuh akhir di antara Djokovic dan Nadal terpaksa dihentikan selepas jam 11 malam waktu tempatan atas perjanjian ‘berkurung’ dengan Djokovic mendahului Nadal 6-4, 3-6, 7-6(11/9).

Anderson menjelaska­n di mana penganjur kejohanan Grand Slam seharusnya menimbangk­an satu pertukaran peraturan untuk menjadikan perlawanan lima set tidak terlalu lama.

“Saya berharap ini satu petanda untuk perubahan dalam Grand Slam. Bagi kami, beraksi untuk satu tempoh yang lama adalah su- KELETIHAN: Anderson (kanan) berjabat tangan dengan Isner selepas tamat aksi perlawanan separuh akhir Kejuaraan Wimbledon di London. kar. Saya benar-benar berharap pengurusan boleh melihat isu ini kerana pada akhir perlawanan, anda tetap tidak berasa gembira walaupun menang,” kata Anderson, yang sudah berada dalam gelanggang (beraksi) lebih dari 21 jam di sini.

Beliau juga bertarung lima set sebelum menewaskan juara lapan kali, Roger Federer di suku akhir dengan memenangi set terakhir (kelima) 13-11.

“Bermain dalam situasi seperti ini sangat sukar untuk kami,” tambah beliau.

“Jika saya di pihak yang ka- lah, saya tidak tahu bagaimana untuk menerimany­a. Anda berhempas-pulas tetapi akhirnya tetap kalah.”

Isner sebelum ini mencipta rekod bermain perlawanan perseorang­an paling lama dalam sejarah Grand Slam apabila menentang Nicolas Mahut dalam masa 11 jam dan lima minit dalam tempoh tiga hari pada pusingan pertama 2010 di Wimbledon.

Pemain dari Amerika Syarikat (AS) itu juga bersetuju dengan Anderson di mana kejohanan Grand Slam – Terbuka Australia, Terbuka Perancis dan Wimble- don– seharusnya selari dengan Terbuka Australia yang memperkena­lkan permainan tiebreak pada set terakhir (set kelima).

“Saya bersetuju dengan Kevin. Secara peribadiny­a saya fikir satu pilihan logik harus dibuat pada 12-12,” kata Isner.

“Jika pemain tidak dapat menamatkan permainan sebelum 12-12, maka ia perlu ditentukan dengan tiebreak. Saya fikir ia terlalu lama untuk dibiarkan berlarutan.”

Isner menamatkan kejohanan dengan satu rekod 221 pukulan servis kencang.

Sehingga Jumaat lepas, beliau belum tewas satu set sebelum Anderson menamatkan rekod beliau.

“Saya berasa sangat teruk sekali. Lutut saya berasa sakit. Kaki kanan saya juga melecet,” kata Isner, yang berharap untuk menjadi pemain lelaki AS pertama memenangi satu kejohanan Grand Slam sejak Andy Roddick di Wimbledon pada 2009.

Isner berkata menjadi sebahagian dari satu lagi rekod perlawanan yang lama tidak mengurangk­an rasa kecewa.

“Ia bukan saguhati bagi saya dan saya tidak akan berasa bangga dengan rekod ini,” kata beliau.

Perlawanan mereka berakhir sebelum jam 8 malam, memaksa perlawanan di antara Nadal dan Djokovic bermula dengan bumbung stadium ditutup, dan menjadi perlawanan separuh akhir paling lama pernah berlangsun­g di Wimbledon – empat jam dan 44 minit -sejak Djokovic menewaskan Juan Martin del Potro pada 2013. — AFP SAINT PETERSBURG, Rusia: Jurulatih Belgium, Roberto Martinez memuji ‘mentaliti kemenangan’ kapten pasukan, Eden Hazard, dengan kelab Real Madrid dilaporkan merancang satu pembelian bintang kelab Chelsea itu selepas Piala Dunia.

Hazard adalah salah seorang pemain terbaik kejohanan ketika Belgium melangkah ke peringkat separuh akhir yang pertama mereka sejak 1986 sebelum tewas 0-1 kepada Perancis.

Masa depan pemain berusia 27 tahun itu tidak dapat dipastikan di Stamford Bridge, di mana pengurus Antonio Conte baharu dipecat Jumaat lepas setelah tidak sehaluan dengan lembaga pengarah dan juga pemain senior musim lepas.

Real Madrid dikatakan menimbangk­an Hazard sebagai pengganti Cristiano Ronaldo selepas kapten Portugal itu menyertai Juventus minggu ini.

“Beliau adalah salah seorang pemain bola sepak lengkap dalam sukan moden ini,” kata Martinez menjelang perlawanan penentuan tempat ketiga menentang England.

“Beliau mungkin salah seorang pemain terbaik dunia ketika situasi satu lawan satu. Beliau membawa pemahaman tentang bagaimana menembusi pertahanan lawan.” — AFP

 ??  ??
 ??  ?? SHAQIRI
SHAQIRI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia