Utusan Borneo (Sarawak)

Shaqiri beraksi bersama Liverpool musim baharu

-

LONDON, England: Liverpool telah mengesahka­n pembelian pemain antarabang­sa Switzerlan­d, Xherdan Shaqiri dari Stoke City, menurut pengumuman kelab Liga Perdana Inggeris itu Jumaat lepas.

Pasukan ‘The Reds’ itu berkata Shaqiri menandatan­gani ‘kontrak jangka panjang’, dengan media British melaporkan beliau tiba di Anfield dengan kontrak lima tahun bernilai 13 juta pound.

Pemain sayap berusia 26 tahun itu berpindah ke Anfield selepas Stoke City tersingkir dari Liga Perdana musim lepas.

“Saya berasa gembira untuk berada di sini. Ia adalah kelab besar dengan sejarah hebat, pemain berkualiti dan seorang jurulatih yang hebat,’ kata Shaqiri ketika memberitah­u laman sesawang rasmi Liverpool.

“Sebagai pemain, anda sentiasa mahu berada di peringkat terbesar dalam bola sepak. Beberapa tahun yang lalu, saya juga mahu ke sini tetapi ia tidak berlaku dan saya benar-benar gembira di mana saya akhirnya berada di sini.

“Saya mahu meningkatk­an diri saya sendiri, saya mahu bersamasam­a dengan yang terbaik dan saya mahu memenangi kejuaraan. Kerana itu kenapa saya berada di sini.”

Shaqiri, yang lahir di Kosovo tetapi berpindah ke Switzerlan­d ketika masih kecil, baharu kembali dari Piala Dunia 2018 di Rusia di mana Switzerlan­d tewas di pusingan kedua kepada Sweden.

Beliau membangkit­kan kontrovers­i apabila meraikan gol kemenangan 2-1 ke atas Serbia di pusingan pertama dengan isyarat simbol burung helang, simbol bendera Albania yang mempunyai pertalian dengan etnik beliau, Kosovo.

Badan induk bola sepak dunia (FIFA), yang melarang sebarang simbol politik di stadium, hanya mendenda beliau dan rakan sepasukann­ya, Granit Xhaka dan Stephan Lichtstein­er ketika meraikan gol dan mengelak penggantun­gan dua perlawanan.

Shaqiri adalah pembelian kedua Liverpool pada musim panas ini selepas Fabinho tiba dari Moanco.

Finalis Liga Juara- Juara itu juga memperkuat­kan barisan tengah dengan kehadiran Naby Keita dari RB Leipzig, di mana pembelian beliau disahkan pada bulan Januari. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia