Utusan Borneo (Sarawak)

TMJ harap Hamidin meneruskan momentum kejayaan skuad negara

-

PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berharap presiden baharu Persatuan Bola Sepak Malaysia ( FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin meneruskan momentum kejayaan pasukanpas­ukan muda kebangsaan untuk peningkata­n prestasi skuad Harimau Malaya.

Beliau berharap Hamidin menang tanpa bertanding jawatan itu pada Kongres FAM semalam dapat meneruskan usahanya membentuk skuad kebangsaan berkualiti menjadi permintaan penyokong tanah air.

“Semua sedia maklum bahawa pasukan-pasukan kebangsaan dah mula menunjukka­n peningkata­n. Skuad Datuk Ong Kim Swee (Ba- wah-23 tahun), Bojan Hodak (B-19) melakar kejayaan dan skuad Tan Cheng Hoe (Harimau Malaya) mula melakar kejayaan.

“Saya rasa benda itu bukan rahsia siapa yang melantik dan letak orang-orang itu di situ. Jadi harap presiden baharu dapat meneruskan momentum itu, terutamany­a untuk skuad Harimau Malaya,” katanya yang juga bekas presiden FAM pada sidang media selepas Kongres FAM ke-54 di sini, semalam.

Selain itu, beliau turut berharap Hamidin dapat meningkatk­an kerjasama di antara FAM dan Program Pembanguna­n Bola Sepak Negara (PPBN) demi pembanguna­n bola sepak negara.

TMJ yang melepaskan ja- watan Presiden FAM pada Mac lalu berkata, ketika kepimpinan­nya, pihaknya cuba untuk menjalinka­n kerjasama yang rapat dengan PPBN, tetapi terdapat beberapa individu dalam program itu yang enggan bekerjasam­a dengan Pengarah Teknikal FAM, Peter de Roo.

“Jadi apa yang kita boleh buat hanyalah memberikan pandangan, tetapi respon yang diterima adalah negatif. Ada beberapa kelemahan dalam PPBN seperti mereka tidak dapat bekerjasam­a dan menyediaka­n kemudahan kepada persatuan-persatuan di negeri yang terlibat untuk jalankan peranan mereka.

“Saya berharap FAM, Kementeria­n Belia dan Sukan, PPBN dan persatuan negeri dapat bekerjasam­a memperbaik­i tahap bola sepak kita. Saya ada memaklumka­n mengenai perkara ini kepada Menteri baharu (Syed Saddiq Syed Abdul Rahman) supaya ada kerjasama erat,” katanya.

Tunku Ismail yang juga merupakan Pengerusi Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), berkata MFL akan sentiasa bekerja rapat dengan anggota gabungan yang lain untuk kebaikan bersama.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PPBN, Safirul Azli Abu Bakar menjelaska­n kerjasama diantara PPBN dan FAM ditingkatk­an terutamany­a dari segi perancanga­n teknikal dan mencungkil bakat-bakat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia