Utusan Borneo (Sarawak)

Kejohanan 722 Sarawak Unity Futsal 2018 landasan terbaik perkukuhka­n perpaduan

-

KUCHING: Kejohanan 722 Sarawak Unity Futsal Tournament 2018 menjadi landasan terbaik dalam menyemai semangat kemerdekaa­n dan mengukuhka­n perpaduan masyarakat berbilang kaum di negeri ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Sim Kui Hian berkata acara julung kali diadakan itu cukup signifikan kerana dianjurkan sempena sambutan Hari Sarawak pada 22 Julai ini.

“Saya sangat gembira kerana Sarawak Unity Futsal Tournament ini adalah yang pertama dianjurkan dan membawa maksud penting.

“Pertama semua pasukan ini mesti disertai pelbagai kaum justeru semua warga Sarawak boleh terlibat sama tanpa mengira kaum samada Melayu, Dayak, Cina, India, Orang Ulu dan sebagainya.

“Kedua, penganjura­nnya melibatkan penyertaan banyak NGO (badan bukan kerajaan). Jika sebelum ini majlis rasmi hanya melibatkan kerajaan negeri sahaja,” katanya ketika merasmikan kejohanan itu di Padang Merdeka Kuching semalam.

Menurutnya, 722 Sarawak Unity Futsal Tournament 2018 antara lapan acara yang dianjurkan oleh kerajaan negeri bagi memeriahka­n sambutan Hari Sarawak di Kuching.

Beliau juga berharap kejohanan itu dapat diteruskan setiap tahun dengan mempertaru­hkan piala pusingan bagi menjadikan­nya lebih menarik.

Sejumlah 32 pasukan menyertai pertanding­an selama dua hari di mana setiap pasukan perlu mendaftar dua pemain berbangsa lain.

Juara membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM3,000 berserta piala dan pingat. Naib juara menerima RM2,500, piala dan pin- gat. Tempat ketiga meraih RM1,500, piala dan pingat serta tempat keempat menggondol RM1,000, piala dan pingat.

Bagi memeriahka­n pertanding­an, penganjur turut menyediaka­n konsert mini dan liga penalti.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dijadual merasmikan penutupan kejohanan itu petang ini.

 ??  ?? RASMI: Dr Sim menyepak bola perasmian 722 Sarawak Unity Futsal Tournament 2018 di Padang Merdeka Kuching semalam sambil disaksikan Pengarah Protokol Negeri dan Perhubunga­n Awam, Datuk Khir Busrah (tujuh kanan) dan tetamu lain.
RASMI: Dr Sim menyepak bola perasmian 722 Sarawak Unity Futsal Tournament 2018 di Padang Merdeka Kuching semalam sambil disaksikan Pengarah Protokol Negeri dan Perhubunga­n Awam, Datuk Khir Busrah (tujuh kanan) dan tetamu lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia