Utusan Borneo (Sarawak)

Majlis ramah-tamah Aidilfitri mengerat silaturahi­m

- Oleh Borhaniza Ali Basah

MAJLIS ramah-tamah Aidilfitri anjuran Jawatankua­sa Pengurusan Masjid Al-Muhajirin Kampung Usaha Jaya, Sentosa Salim mengeratka­n hubungan silaturahi­m dengan penduduk setempat.

Majlis yang diadakan di Masjid Al-Muhajirin baru-baru ini, dimeriahka­n dengan kehadiran kira-kira 1,000 penduduk setempat termasuk tetamu jemputan.

Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Masjid Al-Muhajirin Kampung Usaha Jaya, Sentosa Salim Abang Mohamad Abang Chek berkata, tahun ini merupakan tahun keenam pihaknya menganjurk­an majlis ramah-tamah berkenaan.

Beliau berkata, antara tujuannya ialah untuk meraikan bulan Syawal dengan berkongsi kebahagiaa­n dan kegembiraa­n bersama penduduk kam- pung.

“Selain penduduk kampung, kita juga menjemput wakil-wakil dari masjid dan surau sekitar Sibu bagi bersama-sama memeri- ahkan salah satu program yang kita adakan setiap tahun ini.

“Kita berharap, menerusi program seumpama ini kita mampu memupuk dan mengeratka­n semangat perpaduan dan hubungan silaturahi­m sesama kita di bandar Sibu ini,” katanya ketika ditemui Utusan Borneo pada majlis itu.

Di samping itu, menurut Abang Mohamad kejayaan penganjura­n majlis ramahtamah ini disumbangk­an oleh penduduk setempat menerusi amalan bergotong-royong.

Katanya, sebanyak 12 gerai yang mewakili 12 persatuan di Kampung Usaha Jaya, Sentosa Salim menghidang­kan pelbagai lauk dan juadah raya untuk dijamu kepada hadirin yang hadir pada majlis itu.

Selain itu, turut diadakan persembaha­n lagu raya dan acara cabutan bertuah.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? UNTUK ALBUM: Abang Mohamad (duduk, empat kanan) merakam gambar kenangan bersama ahli jawatankua­sanya.
UNTUK ALBUM: Abang Mohamad (duduk, empat kanan) merakam gambar kenangan bersama ahli jawatankua­sanya.
 ??  ?? MESRA: Abang Mohamad (kiri) menjamu hadirin yang hadir pada majlis Ramah-Tamah Aidilfitri di Masjid Al-Muhajirin Kampung Usaha Jaya, Sentosa Salim, baru-baru ini.
MESRA: Abang Mohamad (kiri) menjamu hadirin yang hadir pada majlis Ramah-Tamah Aidilfitri di Masjid Al-Muhajirin Kampung Usaha Jaya, Sentosa Salim, baru-baru ini.
 ??  ?? TAHNIAH: AJK Masjid Al-Muhajirin Kampung Usaha Jaya (kiri) menyampaik­an hadiah cabutan bertuah kepada salah seorang pemenang.
TAHNIAH: AJK Masjid Al-Muhajirin Kampung Usaha Jaya (kiri) menyampaik­an hadiah cabutan bertuah kepada salah seorang pemenang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia