Utusan Borneo (Sarawak)

Qari Dina & Qari Salimah sandang gelaran Juara Qari Jr 2018

-

PERJALANAN adik-adik Qari Jr 2018 yang penuh dengan onak duri akhirnya berakhir baru-baru ini, apabila Qari Dina & Qari Salimah yang mewakili Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Darul Ulum berjaya menewaskan pesaing mereka lantas menyandang gelaran juara Qari Jr 2018.

Kedua-dua si cilik ini telah membuktika­n kemampuan masingmasi­ng sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 serta hamper bernilai RM1,000 sumbangan Almas Beauty & Health Sdn. Bhd, pakej umrah untuk dua orang, komputer riba, baucer tunai bernilai RM1,000 dan juga telekung.

Secara automatikn­ya, wakil Yayasan al Huffaz iaitu Qari Adham & Qari Uzair telah dinobatkan sebagai naib juara, dan memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM5,000 sumbangan TV3, hamper bernilai RM500 tajaan Almas Beauty & Health Sdn. Bhd, tablet untuk dua orang, baucer membelibel­ah bernilai RM1,000 dan juga telekung.

Pentas akhir Qari Jr 2018 telah dimulakan dengan persembaha­n istimewa daripada Mawi dan Daly Filsuf yang membawa lagu berjudul ‘Al Nuraa… Yang 5… Yang 6…’.

Menariknya episod kali ini, para peserta telah diuji dalam segmen Taranum. Selama 6 minggu, kesemua peserta hanya bertaranum dalam bentuk & Qari Uzair untuk dibaca dengan taranum yang betul.

Secara keseluruha­nnya, kedua-dua kumpulan ini bijak mengawal pernafasan mereka dan bacaan surah juga amat mengagumka­n. & Qari Uzair pula telah menyampaik­an cerita bertajuk ‘Kisah Siti Khadijah & Isteri Solehah’. Markah setiap peserta diberi berdasarka­n isi jalan cerita dan juga ekspresi penyampaia­n.

Selesai sudah segmen Qasasul Quran, peringkat akhir Qari Jr 2018 diteruskan dengan segmen hafazan, yang telah dimulakan dengan kumpulan Qari Dina & Qari Salimah.

Mereka telah mengalunka­n Surah Al-Baqarah, ayat 44-48 & 49-54, dan kumpulan Qari Adham & Qari Uzair pula telah membaca Surah Al-Baqarah, ayat 21-24 & 25-27.

Kedua-dua kumpulan mendapat pujian daripada panel juri kerana berjaya mengekalka­n momentum yang bagus sejak minggu pertama lagi.

Peringkat akhir Qari Jr 2018 diakhiri dengan segmen IQ Qari, di mana kedua-dua kumpulan ini harus menjawab setiap soalan tentang pengajaran Al-Quran dengan cekap dan tangkas.

Kepintaran kumpulan Qari Dina & Qari Salimah terserlah apabila mereka berjaya mendahului Qari Adham & Qari Uzair setelah berjaya mengumpul markah sebanyak 180.

Peserta Qari Jr 2018 dinilai sepenuhnya oleh juri profesiona­l yang diwakili Ustaz Ahmad Shukri Yusoff dan Dr. Luqman Ibrahim.

Qari Jr. 2018 yang menampilka­n Muaz Mohamed sebagai hos musim ini diterajui oleh Russila Ilmi Hj. Zainal sebagai penerbit dan ditaja oleh Almas Beauty & Health Sdn. Bhd.

Untuk maklumat lanjut, ikuti laman sosial Facebook, Twitter, YouTube, dan Instagram TV3 iaitu @tv3malaysi­a.

Siaran ulangan juga boleh disaksikan di portal video nombor satu Malaysia iaitu tonton di www.tonton.com.my.

 ??  ??
 ??  ?? JUARA QARI JR 2018: Qari Dina & Qari Salimah.
JUARA QARI JR 2018: Qari Dina & Qari Salimah.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N: Mawi dan Daly Filsuf yang membawa lagu berjudul ‘Al Nuraa… Yang 5… Yang 6…’
PERSEMBAHA­N: Mawi dan Daly Filsuf yang membawa lagu berjudul ‘Al Nuraa… Yang 5… Yang 6…’

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia