Utusan Borneo (Sarawak)

Israel lancar serangan udara selepas protes berdarah di sempadan

-

KOTA GAZA: Tentera Israel berkata ia telah melancarka­n serangan udara yang menyasari Hamas di Semenanjun­g Gaza pada awal semalam, ekoran pertumpaha­n darah dalam pertelingk­ahan sewaktu protes diadakan dekat sempadan yang menyaksika­n seorang remaja Palestin ditembak mati dan seorang askar Israel cedera.

Serangan bom udara Israel dilancarka­n ketika roket dan bom mortar dilepaskan ke selatan Israel dari Semenanjun­g Gaza, selepas hari demonstras­i yang khususnya berdarah di sempadan dan turut mencederak­an puluhan penduduk Palestin.

“Jet pejuang tentera menyasari sebuah terowong pengganas di selatan Semenanjun­g Gaza, selain beberapa tapak pengganas dalam pekarangan tentera di seluruh Semenanjun­g Gaza,” tentera Israel menyebut dalam satu kenyataan.

Menurut saksi di Semenanjun­g Gaza, tiada kematian berlaku dalam serangan udara itu, yang merosakkan infrastruk­tur yang dikuasai kumpulan Hamas, pemerintah Islamis di Gaza yang sudah berkuasa di kawasan itu sejak 2007.

Serangan dijalankan “sebagai tindak balas kepada perbuatan ganas yang dihasut sewaktu rusuhan ganas yang berlaku di sepanjang pagar keselamata­n semalam,” kenyataan itu menyebut.

Ia turut menyebut tentang “serangan bakar berterusan yang merosakkan wilayah Israel setiap hari dengan pelancaran belon bakar dari Semenanjun­g Gaza ke dalam wilayah Israel”.

Rakaman pertumpaha­n darah kelmarin oleh AFP menunjukka­n seorang remaja Palestin ditembak mati di pa- gar antara kedua-dua wilayah terbabit.

Othman Rami Halles, 15, maut ke timur Kota Gaza, kata jurucakap kementeria­n kesihatan Ashraf Al-Qodra.

Kementeria­n itu berkata seramai 220 penduduk Palestin lain cedera apabila protes di sepanjang sempadan mencetuska­n pertelingk­ahan.

Majoriti terbabit dalam protes dan pertelingk­ahan tetapi peserta lain cuba menceroboh­i atau merosakkan pagar sempadan.

Penduduk Palestin di Gaza sudah beberapa bulan berdemonst­rasi untuk menentang sekatan selama sedekad oleh Israel ke atas wilayah itu dan menyokong hak mereka untuk kembali ke tanah yang mereka tinggalkan atau dari mana mereka diusir sewaktu peperangan yang membawa kepada penubuhan Israel pada 1948.

Semenjak protes dan pertelingk­ahan meletus di sepanjang sempadan pada 30 Mac lalu, sekurang-kurangnya 140 penduduk Palestin sudah maut dalam serangan Israel.

Tiada warga Israel terbunuh setakat ini.

Tentera Israel berkata bom tangan, bom molotov, tayar terbakar dan batu telah dilemparka­n ke arah askarnya, dan seorang daripada mereka dicederaka­n oleh bom tangan.

Tentera berkata kira-kira 17 pelancaran dikesan dari Gaza sewaktu serangan udaranya, tanpa menyebut secara khusus jenis projektil.

Menurut saksi di Gaza, beberapa roket dilepaskan selain kira-kira 30 bom mortar.

Seorang jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum, mendakwa pelancaran itu adalah “tindak balas segera” kepada serangan udara Israel.

Ia tidak menyebabka­n kecederaan atau kerosakan, menurut media Israel.

Israel berkata penggunaan peluru hidup adalah perlu untuk mempertaha­nkan sempadanny­a dan mencegah penceroboh­an.

Ia menuduh Hamas, pemer- intah Islamis di Gaza, cuba menggunaka­n protes itu sebagai topeng untuk melancarka­n serangan ke atas Israel. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TERUS BERDARAH: Paramedik membawa keluar pemberonta­k cedera dari tempat kejadian pertelingk­ahan denga pasukan Israel ketika demonstras­i mingguan menentang ekspropria­si tanah Palestin oleh Israel, timur Bandar Gaza, kelmarin.
— Gambar AFP TERUS BERDARAH: Paramedik membawa keluar pemberonta­k cedera dari tempat kejadian pertelingk­ahan denga pasukan Israel ketika demonstras­i mingguan menentang ekspropria­si tanah Palestin oleh Israel, timur Bandar Gaza, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia