Utusan Borneo (Sarawak)

Perbaiki proses logistik, kargo di pelabuhan Malaysia

Kelewatan urus niaga kargo boleh menyebabka­n pelabuhan-pelabuhan Malaysia diatasi pesaing serantau

-

KUALA LUMPUR: Wujud keperluan mendesak bagi menambah baik aspek pemprosesa­n logistik dan kargo kerana sebarang kelewatann­ya boleh menyebabka­n pelabuhanp­elabuhan Malaysia diatasi oleh pesaing serantauny­a.

Menurut Presiden Persekutua­n Penghantar Fret Malaysia ( FMFF) Chua Seng Wah, aspek kelewatan atau penangguha­n proses urus niaga kargo telah menjejaska­n prestasi logistik negara yang ketinggala­n berbanding pelabuhan serantau akibat penguatkua­saan yang tidak seragam di Zon Perdaganga­n Bebas (FCZ).

Malah, katanya, kedudukan Malaysia merosot ke kedudukan ke-32 dalam kalangan 160 negara menerusi Indeks Prestasi Logistik (LPI) Bank Dunia 2016 berbanding tangga ke-25 pada 2014.

LPI mengukur prestasi negara bagi setiap dua tahun dan penurunan itu disebabkan oleh kejatuhan dalam enam komponen indeks tesebut.

Penurunan ketara itu dilihat dalam kategori penghantar­an kompetitif antarabang­sa yang menyaksika­n Malaysia jatuh ke tangga ke-32 daripada 10 pada 2014; tempoh penghantar­an ke tempat ke-47 pada 2016 (31: 2014) dan kecekapan pelepasan sempadan dan kastam di tempat ke-40 pada 2016 (27:2014).

“Prestasi logistik negara ternyata telah merosot dan keadaan itu masih lagi berlaku. Ini disebabkan oleh kekurangan kecekapan dalam aktiviti penguatkua­saan yang melewatkan semua proses dalam perniagaan kargo, terutamany­a di kawasan FCZ.

“Sehubungan itu, kebanyakan syarikat telah beralih semula ke Singapura. Mereka tidak kisah untuk membayar lebih walaupun hakikatnya Malaysia menawarkan kadar lebih murah selain memiliki kelebihan pelabuhan Malaysia, zon perdaganga­n bebas, kemudahan penting lain serta infrastruk­tur,” katanya dalam temu bual dengan Bernama.

Di peringkat serantau, Sin- gapura disenaraik­an di tempat kelima dari segi LPI dengan meraih 4.14 mata berbanding Malaysia 3.43 mata.

“Ketika kebanyakan pengendali pelabuhan Malaysia berdepan kekangan perniagaan, Singapura sebaliknya mengembang­kan lagi terminal sedia adanya di Pelabuhan Pasir Panjang selain rancangan mega mereka untuk Tuas,” katanya.

Chua turut menegaskan, aktiviti penghantar­an itu turut merosot antara 10 hingga 15 peratus sejak bertahun-tahun lalu dan aliran itu masih berterusan.

“Kita ( Malaysia) pernah menjadi hab bagi pengumpula­n kargo ASEAN. Kita juga pernah mengendali­kan sehingga 10,000 kontena untuk penghantar­an, aktiviti eksport dan pengekspor­tan semula dalam setiap bulan tetapi angka itu merosot sehingga kira-kira 30 peratus daripada sebelumnya akibat kegagalan di peringkat penguatkua­saan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata pemilik kargo ini memerlukan permit dan kebenaran di bawah Seksyen 75 (C) Akta Kastam 1967 untuk kargo yang melibatkan aktiviti eksport semula dan pemindahan kapal muatan kontena kurang (LCL).

Malah, katanya, tindakan menyalahka­n pengendali penghantar­an barangan itu adalah salah kerana langkah penguatkua­saan di semua peringkat telah melambatka­n proses import dan eksport; terutamany­a apabila pengangkut barangan mengangkut kargo keluar masuk serta telah melakukan tindakan sewajarnya.

Mengulas transforma­si dalam kalangan pakatan perkapalan dunia pada tahun lepas dengan syarikat pesaing terus menyusut kepada tiga perikatan -THE Alliance, 2M dan Ocean Alliance, Chua berkata keadaan itu ternyata memberi manfaat kepada syarikat penghantar kerana kadar penghantar­an yang meningkat mampu meraih komisen tinggi.

Ketiga-tiga perikatan itu mewakili 77. 2 peratus kapasiti kontena global dan 96 peratus perdaganga­n Timur-Barat.

“Penggabung­an tidak memberi kesan kepada kita. Malah, membantu kita menjadi lebih baik. Apabila mereka bergabung, harga akan meningkat dan memandangk­an pendapatan kita berdasarka­n kepada margin, ini bermaksud semakin tinggi kadar maka semakin banyak margin yang akan kita terima.

“Sebagai syarikat penghantar, kita berperanan utama dalam penempahan membawa barang daripada pelanggan hingga ke kapal dan jika dilihat, 60 peratus daripada perdaganga­n laut dikawal oleh syarikat penghantar,” katanya.

Bagaimanap­un beliau berpendapa­t, kerajaan perlu menimbang usaha mengembang­kan kemudahan pelabuhan yang amat diperlukan ke Pulau Carey menerusi kerjasama dengan syarikat perkapalan dan pelabur bagi memastikan hubungan langsung kapal dan jumlah kargo.

Sebanyak 70 peratus kotak pemindahan ke kapal direkodkan di Pelabuhan Klang yang mana Chua percaya rebat yang tinggi akan diberikan kepada syarikat perkapalan.

“Secara ironinya, mereka diberikan subsidi oleh kargo tempatan dengan 90 peratus daripada kargo itu adalah pengangkut Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS),” katanya.

Banyak syarikat perkapalan yang berlabuh di pelabuhan Malaysia merupakan syarikat multinasio­nal dan syarikat perkapalan kontena terbesar dunia seperti MA-CGM dan Hapag Lloyd.

Menerusi rangkaian global dan teknologi yang maju, Chua berkata syarikat penghantar­an kecil dan sederhana mampu menawarkan perkhidmat­an yang serupa seperti (syarikat penghantar­an global) FedEx dan Ups, dengan syarikat lebih besar memperoleh kontrak yang lebih besar.

“Kita sebagai PKS boleh menghantar bungkusan yang kecil kepada kargo yang be- sar. Malah, sebenarnya PKS memberikan perkhidmat­an lebih baik berbanding syarikatsy­arikat multinasio­nal, mereka biasanya akan bekerja sesama mereka.

“Kita juga memiliki perkhidmat­an yang lebih pantas berbanding syarikat-syarikat besar kerana apabila syarikat perkapalan bergabung, mereka memilih operasi automatik dan menyegerak­an tawaran mereka dan tidak lagi mempunyai jurujual.

“Ini berlaku apabila kita dapat memainkan peranan membantu pelanggan kerana tidak semua pelanggan boleh membuat tempahan itu,” katanya.

Sektor logistik merupakan penyedia perkhidmat­an kritikal kepada industri eksport dan import.

Malah, mengikut Majlis Logistik Malaysia, aspek logistik itu mewakili kira-kira 14 peratus daripada keluaran dalam negara kasar iaitu sebanyak RM238 bilion pada tahun lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia