Utusan Borneo (Sarawak)

MGA mahu pelaburan logam berharga, barang kemas dikecualik­an SST

-

KUALA LUMPUR: Persatuan Emas Malaysia (MGA) mahu pelaburan untuk logam berharga (IPM) dan barang kemas dikecualik­an daripada Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) yang akan dilaksanak­an tidak lama lagi.

Setiausaha Kehormat, Datuk Louis Ng Chun Hau berkata MGA telah bertemu pegawai Kementeria­n Kewangan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia baru-baru ini untuk memberi pandangan berhubung perkara itu namun tiada sebarang keputusan dicapai.

“Mesyuarat pertama dengan pihak berkuasa berjalan lancar namun mereka perlu menunggu sehingga mesyuarat kabinet. Kami dijangkaka­n bertemu semula pada akhir bulan ini untuk membincang­kan lagi perkara tersebut,” katanya kepada Bernama di sini, kelmarin.

Beliau berkata barang kemas kecuali IPM adalah tertakluk kepada enam peratus Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) sebelum ditetapkan pada sifar peratus.

“Kami berharap perkara itu dapat diputuskan sama seperti sebelum GST dilaksanak­an pada 1 April, 2015. Kami tidak mahu industri ini mengalami kesan teruk akibat perubahan sistem pencukaian negara,” katanya.

Mengenai unjuran emas, beliau menjangkak­an turun naik akan berterusan dengan harga kekal pada julat kecil antara AS$1,200 dan AS$1,300 per auns walaupun perang perdaganga­n antara Amerika Syarikat (AS) dan China menjejaska­n pergerakan dagangan dan pasaran saham.

Bagaimanap­un, Ng berkata langkah penguranga­n kuantitati­f yang dilaksanak­an AS dan kebanyakan bank pusat akan melemahkan sentimen terhadap emas.

Terdahulu, beliau yang juga Pengerusi Eksekutif Public Gold Group mewakili syarikat itu menandatan­gani perjanjian perkongsia­n dengan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional yang diwakili Ketua Pengarah Eksekutif, Datuk Baharom Embi.

Perjanjian itu bertujuan mengembang­kan saluran pengedaran produk, melalui Ar- Rahnu Tekun, untuk membolehka­n dagangan awam bagi produk emas fizikal Public Gold serta membeli semula emas terpakai di Malaysia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia