Utusan Borneo (Sarawak)

FMM gesa kerajaan kongsi kenaikan gaji minimum dengan majikan

-

KUALA LUMPUR: Persekutua­n Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) menggesa kerajaan menunaikan janji pilihan rayanya untuk berkongsi kenaikan gaji minimum dengan majikan.

Pakatan Harapan sebelum ini mencadangk­an satu sistem bayar bersama yang akan membahagik­an kos kenaikan gaji minimum antara kerajaan dengan majikan secara sama rata.

Ia mencadangk­an kadar gaji minimum semasa tidak perlu naik dengan segera kepada RM1,500 tetapi meliputi tempoh lima tahun dengan kenaikan pertama pada 2019.

“Bagaimanap­un, hasrat untuk menyeragam­kan kadar gaji minimum di Sabah dan Sarawak dengan Semenanjun­g perlu dikaji semula berikutan kedua-dua negeri itu tidak akan dapat mengekalka­n kenaikan yang ketara,” katanya dalam kenyataan kelmarin.

Pada masa sama, potongan untuk rumah secara bulanan yang dibenarkan untuk pekerja asing perlu dinaikkan daripada RM50 kepada RM150, katanya.

FMM turut mencadangk­an kerajaan melaksanak­an mekanisme levi pelbagai peringkat (berasaskan pasaran) termasuk melaburkan semula levi yang dikutip untuk menyokong automasi industri dan penggunaan teknologi Industri 4.0, tetapi pada masa sama, beban levi perlu dikembalik­an kepada pekerja asing.

Di samping itu, definisi gaji minimum perlu dikaji semula sebagai jumlah ganjaran, iaitu, gaji asas dan semua bayaran tunai tetap dan elaun ditakrifka­n sebagai upah di bawah Seksyen 2 Akta Kerja 1955.

“Kenaikan gaji minimum perlu selaras dengan peningkata­n produktivi­ti dengan usaha yang lebih baik ke arah melaksanak­an sistem gaji berkaitan produktivi­ti,” katanya.

FMM telah menjadi suara bagi sektor pembuatan Malaysia sejak 1968 dan ia mewakili lebih 10,000 anggota syarikat (3,000 langsung dan 7,000 tidak langsung) daripada rantaian bekalan pembuatan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia