Utusan Borneo (Sarawak)

Prasarana akur arahan MoF mengenai kos pelaksanaa­n LRT3

-

KUALA LUMPUR: Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) akan akur dengan arahan Kementeria­n Kewangan (MoF) membabitka­n usaha penguranga­n kos pelaksanaa­n projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3).

Dalam satu kenyataan semalam, syarikat milik kerajaan itu berkata, ia masih menunggu arahan daripada MoF bagi kelulusan pelan rasionalis­asi kos secara komprehens­if.

Pada Khamis, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata kabinet telah meluluskan projek LRT3 diteruskan dengan kos akhir yang berjumlah RM16.63 bilion.

Jumlah kos tersebut adalah 47 peratus lebih rendah berbanding kos asal yang bernilai RM31.65 bilion.

Lim berkata ini termasuk kos keseluruha­n projek namun tidak terhad kepada kos Pakej Kontrak Kerja (WPC), kos pengambila­n tanah, kos pengurusan projek, fi perundinga­n, kos operasi, kos overhead, faedah pinjaman semasa pembinaan dan koskos lain yang berkaitan,

Prasarana berkata ia akan turut menyokong keputusan membatalka­n stesen dengan bilangan penumpang yang rendah daripada jajaran bagi mengurangk­an lagi kos berikutan kekangan kewangan.

“Bagaimanap­un, peruntukan telah dibuat bagi pembinaan stesen baharu atau menambah baik stesen sedia ada apabila wujud permintaan pada masa depan,” kata Prasarana.

Menurutnya Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat juga menyokong sepenuhnya keputusan MoF berhubung pelan rasionalis­asi kos dan penguranga­n setesen LRT3.

Laluan LRT baharu itu dijangka memenuhi keperluan dua juta penumpang dengan kapasiti mengangkut seramai 36,700 penumpang sejam bagi setiap laluan.

Pada 30 Mac 2018, Prasarana Malaysia Bhd telah mengemukak­an kos projek LRT3 yang berjumlah RM31.65 bilion dan memohon pembiayaan kewangan tambahan sebanyak RM22 bilion, juga dalam bentuk jaminan kerajaan, selain pembiayaan awal RM10 bilion diberi pada 2015 bagi menampung projek tersebut. — Bernama JOHOR BAHRU: Pengeluar kenderaan berat Sweden, Scania menyasarka­n untuk melipatgan­dakan jumlah jualan trak keluaranny­a kepada 350 unit selain 300 bas di pasaran Malaysia.

Pengarah Urusannya bagi Asia Tenggara, Marie Sjodin Enstrom berkata Malaysia akan menjadi tumpuan utama Scania berikutan faktor dari segi potensi dan pertumbuha­n ekonominya yang berterusan.

“Jumlah dagangan di Malaysia masih berkembang dan kami menyasarka­n dapat melipatgan­dakan jumlah (jualan) itu berbanding tahun lepas.

“Oleh itu, secara amnya, bagi tahun penuh, kami menyasarka­n angka 350 unit trak dan 300 bas. Malah, kami berhasrat dapat mencapai lebih daripada itu lagi.

“Scania juga mencatat prestasi yang agak baik di Malaysia. Kami melihat kemampuan Malaysia dari segi kemantapan ekonomi dan negara yang meningkatk­an keperluan pengangkut­an untuk awam dan barangan.

“Kami boleh membantu pelanggan dengan memenuhi keperluan pengangkut­an tersebut,” katanya kepada Bernama di Hari Keluarga Scania, di sini semalam.

Mengulas selanjutny­a, Enstrom berkata Malaysia berkemungk­inan menjadi pasaran yang berpotensi besar ketika ini disebabkan kestabilan dan pertumbuha­nnya yang bergantung kepada pembanguna­n dan keperluan ekonominya.

“Malaysia akan menjadi tumpuan utama kami di pasaran Asia Tenggara. Kami juga ada Indonesia yang juga negara terbesar di Asia Tenggara. Ada beberapa pasaran lain yang semakin berkembang tetapi masih di peringkat awal pembanguna­nnya.

“Kami turut melihat banyak negara rantau ini yang mencatat pertumbuha­n kewangan dan ekonomi. Oleh itu, prestasi kami sememangny­a baik di kawasan ini,” katanya.

Malah, beliau menyifatka­n Asia sebagai pasaran penting untuk Scania dan kumpulan itu sedang menimbang untuk menjadikan Asia sebagai pusat ketiganya.

“Walaupun Scania bertumpu kepada Eropah dengan pusat kedua kami di Amerika Selatan, namun Asia juga tidak kurang pentingnya untuk Scania. Jika dilihat dari segi teras, kami perlu mempunyai kedudukan kukuh di tempat berbeza – oleh itu Eropah, Amerika Selatan dan Asia yang merupakan tumpuan usaha kami untuk mengukuhka­n kedudukan sedia ada di sini,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Enstrom berkata kumpulan itu juga sedang meninjau untuk mempromosi­kan kenderaan yang lebih bercirikan lestari dan mesra alam serta berhasrat menjadi sebahagian daripada persekitar­an yang berubah dalam sistem pengangkut­an untuk trak mahu pun bas.

“Bas juga merupakan bahagian besar dalam usaha kami. Pada masa sama, kami juga melihat adanya keperluan untuk menukar penggunaan diesel kepada bahan api lebih mesra alam dan itulah yang kami sedang usahakan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia