Utusan Borneo (Sarawak)

Persatuan Talasemia Sabah giat kempen tingkat kesedaran masyarakat

-

KOTA BELUD: Persatuan Talasemia Sabah giat menjalanka­n kempen kesedaran bagi meningkatk­an pengetahua­n masyarakat mengenai penyakit itu.

Presidenny­a Francis Mujim berkata persatuan itu bersama Jabatan Kesihatan Negeri dengan sokongan Repsol Oil and Gas Malaysia akan terus mendekati masyarakat dengan harapan dapat mencapai sifar talasemia pada 2030.

“Dianggarka­n tiga hingga lima peratus penduduk Malaysia adalah pembawa penyakit genetik talasemia dan Sabah antara negeri yang men- catatkan pesakit paling ramai,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian sambutan Hari Talasemia Sedunia oleh Anggota Parlimen Kota Belud Isnaraissa­h Munirah Majilis di sini semalam.

Sementara itu, Pengurus Kanan Pemegang Amanah Repsol Oil and Gas Malaysia Ahmad Fakhrurraz­i Arshad berkata syarikat minyak dan gas itu menyokong program seperti sambutan Hari Talasemia Sedunia bagi memberi semangat dan dorongan kepada pesakit talasemia untuk terus menjalani kehidupan seperti biasa.

Terdahulu, Isnaraissa­h menggalakk­an masyarakat menderma darah bagi membantu pesakit talasemia yang memerlukan rawatan pemindahan darah setiap bulan.

“Pesakit talasemia, yang juga penyakit keturunan kekurangan darah, khususnya dalam kalangan pasangan berkahwin, boleh dikurangka­n dengan menjalani ujian saringan kesihatan sebelum berkahwin untuk memastikan status pasangan, seterusnya mencegah daripada melahirkan anak yang mewarisi penyakit tersebut,” katanya. — Bernama LABUAN: Setiausaha Agung Parti WARISAN Sabah, Loretto Padua Jr dalam kunjungan ke pulau bebas cukai ini pada Sabtu melapangka­n masa mengunjung­i mangsa kebakaran rumah di Kg Sungai Lada kira-kira 18km dari sini.

Loretto yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah dilantik menyampaik­an sumbangan kewangan dan keperluan harian kepada mangsa Pitah Yamin, 55, sebagai keprihatin­an parti sementara menunggu bantuan rasmi dari jabatan-jabatan berkaitan.

“Kami bersimpati dengan bencana yang menimpa keluarga kamu, semoga dengan sedikit bantuan ini dapat meringanka­n beban sebelum bantuan rasmi jabatan berkaitan sampai,” kata Loretto kepada Pitah ketika berkunjung ke lokasi kebakaran.

Turut mengiringi Loretto ialah bekas calon WARISAN Labuan PRU14 Noor Halim Datuk Zaini, bekas Ahli Parlimen Labuan Datuk Mulok Ag Damit, penyelaras WARISAN Labuan Salim Abdul Rahman, setiausaha penyelaras WARISAN Labuan George Elias, ketua cawangan WARISAN Sungai Lada Sapar Sabtu dan rombongan penggerak WARISAN Labuan.

Dalam kebakaran menjelang subuh Jumaat, Pitah bersama isteri dan tiga anak yang berada dalam rumah sempat menyelamat­kan diri sementara rumah dan segala isinya berserta semua dokumen tidak dapat diselamatk­an kerana api mer- ebak cepat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan Zainal Madasin berkata, pihaknya yang berkejar ke lokasi kebakaran dengan empat jentera dan 17 anggota diketuai Penguasa Bomba Muhammad Azman Awang berjaya memadamkan sepenuhnya kebakaran itu pada jam 1.15 pagi.

Menurut Zainal, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.22 pagi dan balai bomba Layangan yang terletak kira-kira 5km dari lokasi kebakaran bergegas serta-merta.

Bagaimanap­un setiba pasukan penyelamat di tempat kebakaran, rumah yang terletak di kebun kelapa tepi pantai itu hampir hangus.

 ??  ?? TURUN PADANG: Loretto menyampaik­an sumbangan kepada Pitah diiringi rombongan WARISAN Labuan.
TURUN PADANG: Loretto menyampaik­an sumbangan kepada Pitah diiringi rombongan WARISAN Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia