Utusan Borneo (Sarawak)

Isu kanak-kanak tanpa sijil lahir perlu dikaji

-

KOTA KINABALU: Gesaan Sarawak supaya kerajaan persekutua­n menyerahka­n kuasa kepada kerajaan negeri untuk menyelesai­kan isu ketiadaan sijil lahir dalam kalangan kanak-kanak di negeri itu perlu dikaji, termasuk dari sudut implikasi perundanga­n, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman.

Beliau berkata perkara tersebut perlu dibincangk­an dan diteliti sebelum sebarang keputusan dibuat kerana berkemungk­inan akan ada implikasi tertentu, termasuk melibatkan perubahan akta atau undang-undang sekiranya gesaan berkenaan ditunaikan.

“Permintaan mereka (Sarawak) ini, insya-Allah di peringkat kementeria­n perlu dikaji kerana sebagaiman­a kita tahu dalam Perjanjian Malaysia 1963, ada kuasa-kuasa tertentu yang sepatutnya dilakukan oleh kerajaan negeri Sabah dan Sarawak.

“Bagaimanap­un, yang pastinya, jika Sarawak minta (kuasa diserahkan kepada kerajaan negeri menyelesai­kan isu ketiadaan sijil lahir dalam kalangan kanak-kanak), saya fikir Sabah pun pasti akan minta (perkara sama),” katanya kepada pemberita pada Program Turun Padang di Pasar Manggatal di sini, semalam.

Mohd Azis berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung gesaan berkenaan yang disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Kitang Lo Khere Chiang dalam sesi perbahasan pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Khamis lalu.

Lo menggesa kerajaan persekutua­n menyerahka­n kuasa kepada kerajaan Sarawak untuk menyelesai­kan isu kanak- kanak tanpa sijil kelahiran di negeri itu memandangk­an angka ketiadaan sijil lahir yang dikeluarka­n Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak negeri pada awal tahun ini cukup membimbang­kan.

Mengenai program itu, Mohd Azis yang juga Ahli Parlimen Sepanggar berkata, program gotong- royong selama tiga hari itu antara lain bertujuan memberi kesedaran kepada para peniaga pasar berkenaan serta masyarakat setempat supaya sentiasa mengutamak­an kebersihan kawasan sekitar.

Beliau berkata lebih 200 anggota pelbagai agensi termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Sukarelawa­n Malaysia, dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu menyertai aktiviti gotong-royong yang bermula seawal jam 6 pagi semalam.

Program gotong-royong seumpama itu akan diperluas ke daerah lain ke arah mendidik masyarakat sentiasa menjaga kebersihan persekitar­an, katanya. — Bernama

 ??  ?? BANTERAS CETAK ROMPAK: Pegawai KPDNHEP dan Jabatan Imigresen semasa melakukan operasi pemeriksaa­n di salah sebuah premis.
BANTERAS CETAK ROMPAK: Pegawai KPDNHEP dan Jabatan Imigresen semasa melakukan operasi pemeriksaa­n di salah sebuah premis.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia