Utusan Borneo (Sarawak)

Dakwaan Allan dalam akhbar bahasa Inggeris tempatan pada 12 Julai adalah tidak benar, kata Semawi

- Oleh Florence Nervyn

SIBU: Tiada sebarang aktiviti penebangan kayu engkabang mahupun kayu lain secara haram di kawasan Ulu Machan.

Persatuan Penduduk Ulu Machan, Kanowit menyangkal dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machan Allan Siden Gramong yang mengatakan pembalakan haram di kawasan Ulu Machan dilakukan oleh pejuang tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).

Pengerusin­ya Semawi Paong berkata, dakwaan Allan menerusi kenyataann­ya diterbitka­n di akhbar bahasa Inggeris (Borneo Post) pada 12 Julai dengan tajuk ‘Land rights defenders behind illegal timber felling, alleges Machan rep’ adalah tidak benar sama sekali.

“Ini kerana penduduk Ulu Machan bukan sahaja melindungi kayu engkabang atau kayu lain di Ulu Machan malah berterusan memperjuan­gkan tanah NCR sejak sekian lama,” jelasnya ketika ditemui pemberita di Sibu semalam.

Semawi turut mencabar Allan segera membuat laporan polis dan mendedahka­n siapa dalang (protector and defenders of native rights land) yang beliau maksudkan dalam kenyataann­ya.

“Penduduk Ulu Machan menentang dengan lantang sebarang aktiviti pembalakan haram atau penceroboh­an terhadap tanah NCR bukan sahaja di Ulu Machan malah di seluruh Bumi Kenyalang.

“Buktinya, penduduk Ulu Machan telah berjaya mengheret syarikat balak atau syarikat perladanga­n yang menceroboh kawasan Ulu Machan ke mahkamah seperti dalam kes Tuai Rumah Sandah dan tujuh yang lain yang telah menjadi ‘ Landmark case’ untuk kes tanah NCR di Sarawak,” ujarnya.

Persatuan Penduduk Ulu Machan, Kanowit mewakili empat rumah panjang di Ulu Machan iaitu Rumah Lajang, Rumah Sandah, Rumah Engkayau dan Rumah Sumbang.

Semawi berkata, pandangan yang sama juga disuarakan oleh beberapa wakil penduduk dari Nanga Segerenis, Machan Kanan, Nanga Tiga dan Machan Tengah iaitu daripada keempat- empat rumah panjang di Ulu Machan turut menepis dakwaan tidak berasas oleh wakil rakyat tersebut.

“Sebagai wakil rakyat di DUN Machan, Allan sepatutnya turun padang dan melakukan siasatan terperinci serta tidak sewenangwe­nang membuat tuduhan semata-mata untuk menutup kelemahan atau kegagalan beliau dan bapanya (Datuk Gramong Juna) yang pernah menjadi ADUN selama 38 tahun di Machan untuk membangunk­an kawasan Ulu Machan.

“Beliau hanya datang semasa kempen pilihan raya sahaja,” keluhnya.

Semawi berkata, penduduk Ulu Machan juga percaya dakwaan tersebut sengaja dibuat bagi menutup kegagalan membina jalan raya dari Nanga Machan ke Ulu Machan.

“Projek tersebut telah ter- bengkalai walaupun telah tiga kali dibuat acara pecah tanah sebelum ini iaitu pada 2010 sebelum pilihan raya, 2013 dan Ogos 2014,” jelasnya.

Oleh itu, penduduk mencadangk­an supaya pihak berkuasa menyiasat segera projek terbengkal­ai tersebut kerana ia melibatkan wang rakyat dan kepentinga­n rakyat.

Untuk rekod, Semawi berkata Ulu Machan merupakan satu- satunya kawasan di Machan yang disisihkan daripada sebarang bentuk pembanguna­n termasuk dinafikan daripada menikmati kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan elektrik dan air garagara penduduk Ulu Machan dikatakan menyokong pembangkan­g selama ini.

“Sehingga hari ini, penduduk terpaksa berulangal­ik menggunaka­n perahu panjang dari rumah panjang atau ke pekan Machan yang memakan masa sehari dan menelan kos sebanyak RM300 untuk membeli petrol enjin sangkut,” ujarnya.

 ??  ?? TIDAK BENAR: Semawi (duduk, dua kanan) bersama wakil dan tuai rumah daripada empat rumah panjang menyangkal dakwaan tidak berasas dikeluarka­n oleh Allan.
TIDAK BENAR: Semawi (duduk, dua kanan) bersama wakil dan tuai rumah daripada empat rumah panjang menyangkal dakwaan tidak berasas dikeluarka­n oleh Allan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia