Utusan Borneo (Sarawak)

Gereja dakwa askar kerajaan bunuh dua penunjuk perasaan

-

MANAGUA: Tentera kerajaan di Nicaragua menembak mati dua pemuda pada satu tunjuk perasaan di sebuah gereja kelmarin, kata seorang paderi, pada hari ketiga tunjuk perasaan seluruh negara membantah Presiden Daniel Ortega, seorang bekas wira revolusi yang sekarang dituduh mentadbir secara kuku besi.

Keganasan terbaharu menjadikan sekurang-kurangnya sembilan orang mati di negara Amerika Tengah itu sejak Khamis lalu, apabila penunjuk perasaan meningkatk­an bantahan terhadap kerajaan selepas tiga bulan ketegangan yang menyebabka­n sekitar 270 orang mati.

“Mereka menembak untuk membunuh,” kata seorang penunjuk perasaan muda di Gereja Managua, di mana para pelajar bersembuny­i apabila dikepung tentera.

“Ia sangat sukar. Mereka mempunyai senjata berkualiti dan kami hanya memiliki mortar buatan.”

“Peluru kedengaran melepasi kepala kami. Mereka malah cuba membakar gereja dengan masih ada orang di dalamnya,” kata seorang pelajar.

Di Managua, ratusan penunjuk perasaan membanjiri jalan-jalan untuk satu perarakan bantahan kelmarin, menurut pilihan raya awal dan adil.

“Ortega mahu kami melutut. Tetapi beliau tidak menyedari ia sudah melampau dari sebarang ketakutan kami,” kata aktivis Azahalea Solis.

Insiden terbaharu itu adalah susulan tunjuk perasaan besarbesar­an pada hari Jumaat dan perarakan aman ribuan penduduk pada hari Khamis.

“Mereka memberitah­u kami di mana mereka mempunyai dua kematian dan beberapa yang lain cedera,” kata Kardinal Leopoldo Brenes setibanya di gereja itu bersama-sama duta Vatican, Stanislaw Waldermar Sommetag.

“Ini benar-benar menyakitka­n kami,” tambah beliau.

Insiden itu mendapat kutukan ramai dan desakan untuk menamatkan keganasan termasuk dari Setiausaha Agung Organisasi Negara- negara Amerika (OAS), Pesuruhjay­a Tinggi PBB untuk Hak Asasi Manusia dan pegawai dari Amerika Syarikat (AS), Brazil dan Chile.

Selepas tembakan pada sebelah malam dan ketakutan di laman gereja, pemimpin agama berunding untuk pembebasan puluhan pelajar.

Mengibarka­n bendera Nicaragua dan mengangkat tangan ke udara, pelajar yang dibebaskan melalui ratusan penyokong yang bersorak di jalan-jalan ketika pemandu kenderaan membunyika­n hon.

“Hidup pelajar!” sorak mereka.

Pemimpin gereja melaporkan 20 orang cedera.

Brenes berkata, kerajaan bertanggun­gjawab sepenuhnya di atas tindakan ini, dengan meminta jaminan keselamata­n pelajar.

Beliau berkata, rundingan perlu sentiasa dibuka walaupun apabila kerajaan menyerang paderi kerana cuba menjadi orang tengah dalam pertikaian itu sebagai ‘pembunuh’ kerana bekerja dengan penunjuk perasaan.

“Kami sudah berkata banyak kali: tiada lagi kematian,” kata paderi.

Pelajar berkampung di gereja sejak hari Jumaat dan diserang lewat kelmarin ekoran satu serangan ke atas Universiti National Automous bersebelah­an gereja, kubu terakhir penentanga­n pelajar.

“Mereka mahu membunuh kami!” kata seorang pelajar, sambil meminta bantuan dan berkata mereka dikepung. Rayuan mereka hadir ketika tembakan berterusan sekitar tengah malam.

Ketegangan politik memuncak sejak tunjuk perasaan terhadap reformasi pencen yang sekarang sudah diman- suhkan bermula pad 18 April dan berkembang menjadi bantahan umum kepada Ortega dan kerajaanny­a.

Pelajar berkubu di universiti mereka sejak tunjuk perasaan bermula dan satu laporan perubatan berkata beberapa kecederaan berlaku apabila tentera prokerajaa­n melepaskan tembakan.

“Penularan keganasan terhadap orang awal, dengan tindakan kekerasan ke atas paderi, wartawan dan pembela hak asasi adalah sesuatu yang tidak boleh diterima,” kata Menteri Luar Brazil.

Bank, pasar, stesen minyak, sekolah dan kedai-kedai masih tutup semasa mogok besarbesar­an Jumaat lepas, yang dianjurkan oleh pembangkan­g Pakatan Awam untuk Keadilan dan Demokrasi.

Ia hadir selepas empat pegawai polis dan seorang penunjuk perasaan mati pada hari Khamis dalam pertempura­n dengan aktivis pembangkan­g dan tentera kerajaan di bandar Morrito di tenggara Nicaragua.

Jumaat lepas, polis menahan pemimpin pembangkan­g, Medardo Mairena dengan menuduh beliau sebagai ‘pengganas’ yang menganjurk­an dan mengarahka­n ‘serangan’ terhadap anggota polis dan penunjuk perasaan yang dibunuh.

Pembangkan­g menuntut sama ada pilihan raya awal atau peletakan jawatan Ortega dan isterinya, Naib Presiden, Rosario Murilo, menuduh mereka melakukan rasuah dan memerintah dengan kuku besi. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia