Utusan Borneo (Sarawak)

MSNS, PBS HARUS ‘BUKA MATA’: ABDUL WASSI

Kemelut tiga pelumba pasukan basikal SUKMA Sarawak digugurkan perlu ditangani dengan segera

- Oleh Rusnan Mustapha

KOTA SAMARAHAN: Majlis Sukan Negeri Sarawak ( MSNS) dan Persatuan Berbasikal Sarawak (PBS) diminta untuk ‘buka mata’ tentang isu tiga pelumba basikal Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak yang digugurkan.

Pengurus Prestanda Cycling Team, Abdul Wassi Abdillah berkata sehingga kini pihaknya masih belum menerima sebarang reaksi atau jawapan kepada kemelut dihadapi ketiga-tiga pelumbanya yang digugurkan daripada pasukan SUKMA Sarawak oleh ketua jurulatih skuad berbasikal Sarawak, Leon Schepers menerusi emel.

“Adalah mustahil bagi PBS tidak mengetahui keputusan ketua jurulatihn­ya dengan keputusan diambil menggugurk­an pelumba dan MSN Sarawak bertanggun­gjawab dalam mengawasi setiap persatuan sukan di Sarawak perlu bertindak membela pelumba berlatih di bawah naungan persatuan sukan.

“Sepatutnya kedua- dua pihak terbabit boleh memberikan maklum balas berkenaan masalah ini kepada kami agar masalah ini dapat diselesaik­an dengan cara baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Samarahan Bike Challenge 2018 yang dirasmikan oleh Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah di sini kelmarin.

Abdul Wassi mendedahka­n meskipun tiga pelumba terbabit telah digugurkan mereka tetap bersemanga­t menyertai perlumbaan di peringkat tempatan bagi membuktika­n mereka mempunyai potensi mewakili Sarawak dan seterusnya mampu menyumbang pingat untuk negeri ini.

“Sehingga kini, kami masih belum menerima sebarang maklum balas daripada MSNS dan PBS berhubung masalah tersebut biarpun berita ini telah keluar dalam akhbar tempatan Utusan Borneo pada 9 Julai lalu,” tambahnya.

Dalam pertanding­an itu, tiga pelumba Prestanda Cycling Team digugurkan daripada pasukan SUKMA Sarawak telah menunjukka­n aksi cemerlang dalam kategori yang dipertandi­ngkan.

Pelumba, Abdul Qazmizan berjaya memenangi tempat kedua dalam kategori Ter- tutup Sarawak dan kategori Terbuka Sarawak pula berjaya meraih tempat kelapan.

Sementara itu, seorang lagi pelumba, Muhamad Syazwan turut bertanding kategori Tertutup Sarawak meraih tempat kelima dan menduduki tempat ke-11 dalam kategori Terbuka Sarawak.

Manakala seorang lagi pelumba muda Raya Othman bertanding kategori remaja berjaya menduduki tempat keenam dan kategori Ter- tutup Sarawak menduduki tempat kesembilan.

Abdul Wasi turut memaklumka­n selain tiga pelumba pasukannya, seorang lagi pelumba kelahiran Sarawak mewakili pasukan kebangsaan di Bukit Jalil, Nur Azrenna Ahmad Jumry turut menerima nasib sama apabila digugurkan mewakili pasukan SUKMA Sarawak.

Beliau menegaskan, jika keadaan ini berterusan Sarawak akan kehilangan

Adalah mustahil bagi PBS tidak mengetahui keputusan ketua jurulatihn­ya dengan keputusan diambil menggugurk­an pelumba dan MSN Sarawak bertanggun­gjawab dalam mengawasi setiap persatuan sukan di Sarawak perlu bertindak membela pelumba berlatih di bawah naungan persatuan sukan. Abdul Wassi Abdillah Pengurus Prestanda Cycling Team

ramai pelumba berbasikal berbakat dan nescaya sukan berbasikal itu sendiri juga menerima nasib sama.

Katanya, sepatutnya PBS wajar memantau dan meneliti setiap bentuk latihan dan perancanga­n jurulatih terhadap pelumba-pelumba mengikuti latihan di bawah persatuan dan peringkat SUKMA.

“Sebaliknya ini tidak berlaku. Pelumba diarah berlatih sendirian tanpa sebarang pengawasan daripada jurulatih.

“Lebih mengecewak­an, pelumba bagi kategori lebuh raya ini tidak dipedulika­n berbanding kategori trek yang diberikan layanan baik sehingga berlatih di luar negara,” ujarnya.

Ditanya mengenai semangat ketiga- tiga pelumba berbasikal itu, Abdul Wasi menjelaska­n mereka tetap bersemanga­t dan mahu membuktika­n bahawa keputusan ketua jurulatih skuad berbasikal Sarawak menggugurk­an mereka adalah salah.

Dedahnya, tidak dinafikan pada mulanya semangat mereka merudum selepas mengetahui keputusan mereka digugurkan daripada pasukan SUKMA Sarawak tanpa sebarang alasan munasabah dan hanya diterima menerusi emel.

“Walaupun nama mereka digugurkan dari pasukan SUKMA Sarawak, mereka tetap terus berlatih dan memberikan yang terbaik pada setiap pertanding­an yang disertai.

“Mereka sentiasa berharap keputusan positif selepas ini sebaik campur tangan MSNS dan PBS sekiranya mereka mahu melihat anak- anak tempatan Sarawak beraksi pada SUKMA Perak yang berlangsun­g pada 12 hingga 22 September ini,” katanya.

Prestanda Cycling Team merupakan sebuah pasukan tempatan yang berhasrat mahu melahirkan bakat anakanak muda yang berminat dalam sukan berbasikal di Sarawak.

 ??  ??
 ??  ?? UNGGUL: Ting (baju biru, tengah) menyampaik­an replika cek berjumlah RM10,000 kepada Ideris bersama pasukan juara sepak takraw (baju oren) dan pasukan lain.
UNGGUL: Ting (baju biru, tengah) menyampaik­an replika cek berjumlah RM10,000 kepada Ideris bersama pasukan juara sepak takraw (baju oren) dan pasukan lain.
 ??  ?? TAHNIAH: Abdul Karim bersama pemenang ‘Samarahan Bike Challenge 2018’ di Kota Samarahan Ahad lalu.
TAHNIAH: Abdul Karim bersama pemenang ‘Samarahan Bike Challenge 2018’ di Kota Samarahan Ahad lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia