Utusan Borneo (Sarawak)

Aaron Aziz teruja penampilan sulung terima sambutan

- Oleh R Ratcharath­an — Bernama

PELAKON terkenal Aaron Aziz teruja apabila penampilan sulungnya dalam filem Tamil ‘Tik Tik Tik’ mendapat sambutan hangat masyarakat India, bukan sahaja di dalam negara, bahkan juga di luar negara.

Pertama kali muncul dalam filem Kollywood dengan melakonkan watak sampingan di sisi pelakon utama Jayam Ravi, beliau menyifatka­n sambutan hangat masyarakat India terhadap lakonannya dalam filem itu “seperti menang pilihan raya.”

“Saya terima banyak mesej daripada peminat yang memuji lakonan saya walaupun hanya memegang watak sampingan dalam filem itu,” katanya dalam temubual eksklusif bersama Bernama di kediamanny­a di Kuala Lumpur.

Aaron, 42, berkata ini kali pertama beliau mendapat sokongan yang begitu hangat daripada peminat bukan Melayu sejak berkecimpu­ng dalam dunia seni dua dekad lepas.

Beliau melakonkan watak jahat dalam filem sains fiksyen ‘Tik Tik Tik’, bermaksud bunyi jam, yang berkisar tentang penjelajah­an kapal angkasa pertama India. Dialognya diungkapka­n dalam bahasa Inggeris.

Selain Ravi dan Aaron, filem arahan Shakti Soundar Rajan itu turut dibintangi Nivetha Pethuraj dan Ramesh Thilak.

Filem itu ditayangka­n di pawagam di seluruh dunia sejak 22 Jun lepas dan menerima sambutan menggalakk­an.

Bagi hero filem ‘Ombak Rindu’ dan ‘KL Gangster’ ini, pengalaman­nya berlakon dalam filem Kollywood meninggalk­an banyak kenangan indah.

Katanya walaupun hanya pelakon sampingan, beliau dilayan seperti raja sepanjang tiga minggu berada di Chennai, India untuk sesi penggambar­an pada tahun lepas.

“Jika di Malaysia, pembantu akan beri pakaian dan kita akan pakai sendiri tetapi di sana (India), pembantu sanggup tukarkan pakaian sehingga tolong pakaikan tali pinggang dan zip, tetapi saya kata saya boleh lakukan sendiri, “katanya sambil tertawa.

Ditanya mengenai kesediaann­ya menerima tawaran itu walaupun sekadar melakonkan watak sampingan, pelakon kelahiran Singapura itu berkata beliau bukanlah mengejar glamor dan populariti, sebaliknya ingin mempelajar­i perkara baharu, tambahan pula berpeluang untuk bersama barisan pelakon dan pengarah terkenal.

Aaron yang turut mengakui kehebatan industri perfileman India, berkata banyak perkara yang boleh dipelajari oleh industri hiburan tanah air daripada industri filem Kollywood.

Mengimbas kembali pengalaman­nya berlakon di India, beliau berkata: “Pada hari pertama penggambar­an, saya dibawa ke sebuah gudang yang bukan macam tempat ‘production’ tetapi apabila masuk ke dalam, ia seolah-olah masuk dunia baharu. Seramai 300 orang menjalanka­n tugas masingmasi­ng sewaktu sesi penggambar­an di tempat yang sama.

“Banyak perkara berlaku serentak tetapi diurus dengan baik. Saya juga diberi layanan yang sungguh baik. Saya kagum dengan industri di sana,” katanya.

Rata-rata netizen di media sosial khususnya di Instagram memuji lakonan Aaron dalam filem ‘Tik Tik Tik’ yang sedang ditayangka­n di beberapa pawagam di seluruh dunia termasuk Malaysia, India, Australia dan United Kingdom.

Aaron turut menyatakan kesediaann­ya untuk berlakon lagi dalam filem Kollywood jika ada tawaran dan menyaranka­n pelakon tempatan untuk menerima peluang berlakon di Kollywood sekiranya berkesempa­tan.

 ??  ?? HIBUR HIBURAN
HIBUR HIBURAN
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? PELAKON UTAMA: Aaron Aziz dan Jayam Ravi (kiri) semasa satu acara promosi filem ‘Tik Tik Tik’.
PELAKON UTAMA: Aaron Aziz dan Jayam Ravi (kiri) semasa satu acara promosi filem ‘Tik Tik Tik’.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia