Utusan Borneo (Sarawak)

Kewangan diurus secara berhemah

-

KUCHING: Kerajaan Sarawak mungkin melaksanak­an pensijilan ISO: 37001: 2016 ‘ Anti Bribery Management System’ di Sarawak.

Menteri di Pejabat Ketua Menteri ( Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip berkata, perkara ini selaras dengan matlamat untuk meningkatk­an tadbir urus yang baik dan mengurangk­an ruang serta perlakuan jenayah rasuah di negeri ini.

“Dalam arus globalisas­i, kemajuan drastik teknologi, sumber alam yang terhad, ekspektasi pelanggan yang kian meningkat, rakyat semakin berpengeta­huan dan pelbagai perkembang­an baharu perlu ditangani dengan baik dan bijaksana.

“Menyedari hakikat ini Kerajaan Sarawak melalui Unit Integriti dan Ombudsman Negeri (UNION) sedang meneliti dan mengkaji kemungkina­n pelaksanaa­n pensijilan ISO: 37001:2016 ‘Anti Bribery Management System’ di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ucapan penggulung­an kementeria­nnya pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks DUN di sini semalam.

Talib memberitah­u, Organisasi Kerjasama Ekonomi dan Pembanguna­n (OECD) semasa persidanga­n UNESCO telah menggarisk­an ciri utama tadbir urus yang baik.

Jelasnya, ia merangkumi keterlibat­an, ketelusan, akauntabil­iti, kedaulatan undang-undang, efektif, kesaksamaa­n, keputusan secara bersama dan responsif.

“Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pada 2017 sebanyak 11 organisasi yang terdiri daripada jabatan kerajaan, pihak berkuasa tempatan, badan berkanun, syarikat berkepenti­ngan kerajaan dan swasta di Malaysia telah dipersijil­kan di bawah piawaian ini oleh SIRIM,” tambahnya.

Selain itu, beliau mendedahka­n bahawa usaha memperkasa tahap integriti khususnya penjawat awam negeri telah menunjukka­n kejayaan.

Menurutnya, ini terbukti melalui hasil kajian ‘ SCS Culture Rating Survey’ untuk elemen integriti yang menunjukka­n trend peningkata­n iaitu 77 peratus pada 2015 kepada 85 peratus (2016) dan 86 peratus pada 2017.

“Semua kluster iaitu kluster Jabatan Ketua Menteri, kementeria­n, pejabat residen, pejabat daerah, Jabatan Perkhidmat­an Awam Negeri mencatat peningkata­n di mana semuanya memperoleh indeks pencapaian melepasi paras 85 peratus.

“Ini menunjukka­n pemahaman dan pembudayaa­n integriti di kalangan penjawat awam negeri kian meningkat dan saya berharap prestasi ini terus dipertingk­atkan lagi,” katanya.

Mengulas tentang program integriti yang dilaksanak­an di negeri ini, Talib berkata bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, Kerajaan Sarawak melalui UNION yang ditubuhkan pada 1 Februari lalu telah melaksanak­an sembilan program.

 ??  ?? TEMPATAN
TEMPATAN
 ??  ?? TEKS SAYA: Talib menunjukka­n teks ucapan penggulung­an kementeria­nnya.
TEKS SAYA: Talib menunjukka­n teks ucapan penggulung­an kementeria­nnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia