Utusan Borneo (Sarawak)

SST DIJANGKA DILULUS, DILAKSANA SEPTEMBER

-

KUALA LUMPUR: Peruntukan untuk perkhidmat­an ditetapkan pada kadar enam peratus selepas pengenalan semula cukai jualan dan perkhidmat­an (SST) manakala cukai jualan pada kadar 10 peratus, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata rang undangunda­ng SST dijangka diluluskan pada Persidanga­n Dewan Rakyat sekarang dan akan dilaksanak­an pada September.

“SST akan diperkenal­kan semula pada 1 September dan menyumbang sasaran hasil sebanyak RM4 bilion,” katanya pada pelancaran Persidanga­n Percukaian Kebangsaan 2018 di sini semalam.

Beliau berkata SST serta peningkata­n harga minyak mentah dan dividen tambahan daripada syarikat berkaitan kerajaan akan menyumbang RM14.4 bilion tambahan hasil kepada kerajaan bagi mengimbang­i kehilangan RM21 bilion hasil daripada kadar sifar cukai barangan dan perkhidmat­an (GST) mulai Jun tahun ini.

“Untuk memenuhi kekurangan GST, kementeria­n mengenal pasti langkah penjimatan perbelanja­an sebanyak RM10 bilion,” katanya.

Beliau berkata langkah-langkah itu termasuk mengurangk­an dan memansuhka­n program bertindih dan progarm bukan segera dan membatalka­n atau menangguhk­an projek-projek mega dengan perbelanja­an besar.

Beliau berkata antara hasilnya ialah RM15 bilion, atau 47 peratus penguranga­n kos akhir projek transit rail 3 (LRT 3) dengan membatalka­n atau menangguhk­an kedua-dua lebihan kapasiti dan ciri-ciri fizikal.

Lim berkata cukai, selain membiayai pembanguna­n dan pentadbira­n negara, juga berfungsi untuk membetulka­n ketidaksam­aan ekonomi yang wujud dalam masyarakat dengan mengagihka­n semula pendapatan.

Katanya walaupun tujuan percukaian masih sama dalam tempoh beberapa tahun, sumber dan kaedah pengumpula­n dan cabaran yang berkaitan dengan pengumpula­nnya telah berubah.

“Sekarang lebih sukar untuk mendapatka­n jumlah cukai yang tepat ekoran model perniagaan bukan tradisiona­l dan bidang kuasa undangunda­ng yang tidak jelas meliputi pelbagai transaksi,” katanya.

Namun katanya Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) akan menggunaka­n pendekatan berasaskan peraturan dalam mengutip cukai dan menghentik­an serbuan oleh pegawainya.

“Kini, LHDNM mematuhi peraturan undang- undang dengan menjalanka­n audit,” katanya.

Beliau berkata LHDNM mungkin mahu mengadakan perbincang­an awal dengan pembayar cukai dan pengamal cukai mengenai isu-isu tertentu supaya sebarang pertikaian dapat diselesaik­an tepat pada masanya tanpa menggunaka­n surat-menyurat kertas panjang dan rumit.

“Bukan sahaja perbincang­an awal ini dapat menjimatka­n masa, malah mereka juga akan menggalakk­an ketelusan dan kerjasama yang lebih baik antara pihak yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata LHDNM juga mesti mengadapta­si dan menyesuaik­an diri dengan transforma­si baharu perniagaan.

“Teknologi hari ini membolehka­n kita mengumpul data rutin menerusi fail cukai, bahkan memberikan kita peluang untuk memahami dengan baik tingkah laku pembayar cukai dan berpotensi membentuk rejim percukaian yang lebih adil dan responsif,” katanya.

Lim juga berkata LHDNM perlu bekerjasam­a rapat dengan badan-badan antarabang­sa untuk menangani isu percukaian antarabang­sa, termasuk ekonomi digital, ekonomi perkongsia­n, mod transaksi baharu yang melibatkan mata wang maya serta menyimpan rekod perniagaan dan data kewangan di bilik data maya.

Beliau berkata syarikat multinasio­nal yang beroperasi merentas pelbagai bidang telah memperoleh kelebihan ekonomi maksimum yang mungkin melalui perancanga­n cukai yang agresif.

“Pihak berkuasa cukai Malaysia mesti mengawasi sebarang kelemahan yang boleh dimanipula­si menerusi perancanga­n cukai global oleh syarikat multinasio­nal ini,” katanya.

Untuk itu, beliau berkata Malaysia mempunyai komitmen yang berterusan sebagai ahli bersekutu Organisasi Bagi Kerjasama Ekonomi dan Pembanguna­n Rangka Kerja Inklusif, yang disertainy­a pada Mac tahun lepas, sebagai sebahagian daripada usaha global untuk menangani isu-isu berkaitan hakisan asas dan peralihan keuntungan.

Beliau berkata Malaysia juga komited untuk melaksanak­an Pertukaran Maklumat Automatik Akaun Kewangan menerusi Piawaian Laporan Bersama (CRS), dengan negara peserta bertukar maklumat tentang akaun kewangan bukan pemastauti­n.

Sehingga kini, beliau berkata 100 bidang kuasa bersetuju untuk bertukar maklumat CRS.

Sementara itu, mengenai 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB), Lim berkata kerajaan akan menghormat­i jadual pembayaran hutang 1MDB sebanyak RM1.3 bilion kepada pelbagai pemiutang yang dijadualka­n pada hujung tahun ini.

“Kami perlu mencari wang untuk membayar kerana kami tidak akan membenarka­n Malaysia ingkar,” katanya.

Beliau berkata bayaran RM1.3 bilion itu adalah tambahan kepada RM7 bilion yang telah dibayar sehingga kini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia