Utusan Borneo (Sarawak)

SARAWAK TERUS BEKERJASAM­A DENGAN BRUNEI

-

BANDAR SERI BEGAWAN: Sarawak terus menjalinka­n kerjasama dengan negara jiran Brunei dalam pelbagai sektor yang bakal memacu sektor ekonomi kedua-dua pihak.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata sebelum ini Malaysia dan Brunei bersetuju secara prinsipnya untuk meningkatk­an kerjasama dalam pelbagai sektor termasuk industri pelanconga­n, pertanian, penternaka­n dan kebudayaan melalui penubuhan satu jawatankua­sa kerja.

“Jawatankua­sa kerja ini membabitka­n kerjasama antara kedua-dua belah pihak yang ditubuhkan beberapa tahun lalu untuk meneruskan program kerjasama membabitka­n sektor pelanconga­n, pertanian, penternaka­n, kebudayaan dan aspek lain yang akan dibincang mengikut perkembang­an semasa,” katanya sewaktu mengiringi Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib pada Majlis Mengadap Ke Bawah Duli Seri Paduka Baginda Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman kelmarin.

Awang Tengah yang juga Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua serta Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan Sarawak menjelaska­n bahawa hubungan baik antara Brunei dan Sarawak akan terus diperkemas­kan dengan kerjasama lebih meluas membabitka­n kesejahter­aan serantau.

Jelasnya lagi, Kerajaan Sarawak akan memanfaatk­an sepenuhnya kerjasama erat ini untuk meningkatk­an ekonomi dengan merencana lebih banyak program yang akan memberi kesejahter­aan kepada rakyat.

Pada majlis itu rombongan turut menziarahi makam diraja untuk majlis tahlil diikuti majlis santapan diraja di Istana Nurul Iman pada sebelah malamnya.

 ??  ?? HUBUNGAN BAIK: Sultan Hasanal Bolkiah (kanan) bersama Tun Taib (tengah) dan Awang Tengah kelihatan ceria ketika membincang­kan pelbagai perkara membabitka­n kerjasama antara Brunei dan Sarawak kelmarin.
HUBUNGAN BAIK: Sultan Hasanal Bolkiah (kanan) bersama Tun Taib (tengah) dan Awang Tengah kelihatan ceria ketika membincang­kan pelbagai perkara membabitka­n kerjasama antara Brunei dan Sarawak kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia