Utusan Borneo (Sarawak)

Tangani pemandu lori membahayak­an keselamata­n awam Sekumpulan pemandu lori sering parkir di laluan sebelah kiri Jalan Salim-Stabau

- Oleh Watt Zacchaeus

SIBU: Pengguna Jalan SalimStaba­u memohon jasa baik pihak berkuasa supaya menangani masalah sekumpulan pemandu lori sering meletak kenderaan di kawasan laluan sebelah kiri jalan tersebut yang berisiko membahayak­an keselamata­n awam.

Pemandu lori terbabit difahamkan meletak kenderaan mereka di situ untuk menunggu sebuah gudang atau stor membuka pagar utamanya bagi aktiviti penghantar­an dan pemunggaha­n barang.

Seorang pengguna jalan raya dikenali Halim Napi berkata, tindakan pemandu lori terbabit menyebabka­n laluan lalu lintas tergendala dan membahayak­an disebabkan mengganggu penglihata­n pemandu terutama dari lorong kiri menghala ke Stabau.

“Tindakan mereka ini sudah lama, rasa- rasanya dalam tiga empat bulan lalu. Ini disebabkan gudang atau stor tempat mereka mengambil atau menghantar barang-barang masih belum membuka operasinya kerana belum cukup masa untuk beroperasi.

“Selalunya lori-lori terbabit diparkirka­n di situ seawal jam

Selalunya lori-lori terbabit diparkirka­n di situ seawal jam 6 pagi hingga jam 7.30 pagi. Halim Napi Pengguna jalan raya

6 pagi hingga jam 7.30 pagi.

“Kadang- kadang melibatkan lima ke enam lori besar parkir di situ menyebabka­n deretannya panjang.

“Ini sangat membahayak­an nyawa khususnya pemandu kereta dan motosikal,” katanya di sini semalam.

Halim sempat merakamkan gambar lori-lori terbabit lalu mengirimka­nnya melalui aplikasi Whatsapp kepada Utusan Borneo bagi dikongsi serta dipaparkan untuk perhatian pihak berkuasa.

Menurutnya, Jalan SalimStaba­u begitu sibuk pada waktu tempoh tersebut kerana penduduk sekitar menghantar anak-anak ke sekolah atau turun kerja.

“Selain itu, guru-guru yang mengajar di kawasan luar bandar seperti di Kanowit, Naman, Durin, Menyan dan kawasan lain turut melalui jalan itu dan mereka turut terganggu dengan perbuatan pemandu lori terbabit,” ujarnya.

Halim berkata, lori diparkirka­n di situ tiada diletakkan sebarang tanda amaran dan turut menyulitka­n keadaan.

“Setakat ini, belum ada apa-apa kejadian tidak diingini berlaku dan kita mohon dijauhi daripada semua pengguna.

“Cuma kita mahu pihak berkuasa atau syarikat pemilik gudang/stor terbabit supaya membenarka­n lori itu terus masuk dalam kawasannya agar pemandu-pemandu tidak memarkir lori mereka di kawasan laluan jalan raya demi keselamata­n semua pihak.

“Justeru, kita juga mahu pihak terbabit memandang perkara ini dengan lebih serius agar tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku,” katanya.

 ??  ?? PERLU TINDAKAN: Pihak berkuasa digesa mengambil tindakan terhadap lori memarkirka­n kenderaan mereka di tempat yang tidak sepatutnya.
PERLU TINDAKAN: Pihak berkuasa digesa mengambil tindakan terhadap lori memarkirka­n kenderaan mereka di tempat yang tidak sepatutnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia