Utusan Borneo (Sarawak)

Suami isteri cedera bergelut dengan seorang penceroboh

-

MIRI: Pasangan suami isteri mengalami kecederaan selepas bergelut dengan seorang lelaki dipercayai di bawah pengaruh alkohol yang menceroboh masuk rumah mereka dengan bersenjata­kan parang.

Suspek yang berusia 24 tahun, dari Bandar Baharu Permyjaya di sini dipercayai masuk ke dalam rumah mangsa dengan memanjat pagar serta mengumpil gril pintu hadapan sehingga rosak jam 1.30 pagi, pada 15 Julai lalu.

Dalam keadaan mabuk dan bersenjata­kan sebilah parang, suspek dikatakan cuba menyerang mangsa dan isterinya selepas mendakwa isteri mangsa adalah isterinya juga.

Pemangku Ketua Polis Daerah ( KPD) Miri DSP Aldrin Junaidi Kutoi mengesahka­n kes itu memberitah­u hasil siasatan polis mengesahka­n mangsa dan isterinya telah berkahwin secara sah dan mempunyai sijil kahwin sah.

Katanya, kejadian berlaku di rumah sewa mangsa di Taman Permai, Bandar Baharu Permyjaya di sini apabila suspek memecah masuk ke rumah mangsa dan mengetuk pintu rumahnya ketika semua penghuni rumah nyenyak tidur.

“Apabila mendengar bunyi pintu diketuk, mangsa meminta isterinya memeriksa apa yang berlaku.

“Mangsa terdengar isterinya berteriak serta suara seorang lelaki terus bingkas dan apabila membuka pintu melihat seorang lelaki tidak dikenali berdiri di hadapannya sambil memegang sebilah parang,” katanya.

Suspek kemudian menarik keluar parang tersebut dari sarungnya dan cuba menikam serta menyerang mangsa menyebabka­n berlakunya pergelutan antara mangsa dan suspek sehingga keluar rumah.

“Akibat pergelutan tersebut, mangsa mengalami kecederaan luka di tapak tangan kiri dan kanan serta lengan kanan lebam kena gigit manakala isterinya mengalami luka di tapak tangan kanan dan lengan kiri,” jelas Aldrin. Manakala suspek yang mengalami kecederaan di bahagian atas mata kiri dan diberi rawatan pihak hospital yang datang ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan kemudian dibawa ke hospital mendapatka­n rawatan susulan.

Katanya suspek dibenarkan ditahan reman selama empat hari hingga 19 Julai ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 324 dan 448 Kanun Keseksaan kerana disyaki mendatangk­an kecederaan menggunaka­n senjata dan kesalahan menceroboh.

Selain mangsa dan isterinya turut tinggal di rumah sewa berkenaan ialah seorang anak mereka serta abang ipar mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia