Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki dibicara atas tiga tuduhan termasuk rogol

-

SIBU: Seorang lelaki berusia 33 tahun dihadapkan ke Mahkamah Seksyen di sini semalam bagi menghadapi tiga pertuduhan termasuk merogol seorang remaja perempuan.

Bagaimanap­un, Lawrence Segunggang dari Jalan Salim mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut selepas dibacakan dan dijelaskan kepadanya oleh penterjema­h.

Dalam pertuduhan pertama, dia dituduh merogol seorang gadis berusia 17 tahun di sebuah premis di Jalan Wong Nai Siong, kira-kira jam 3 petang pada 7 Julai.

Kesalahan yang dirangka di bawah Subseksyen 376 (1) Kanun Keseksaan (Akta 574) memperuntu­kkan tempoh penjara hingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Bagi pertuduhan kedua, dia dituduh secara seksual menyerang mangsa untuk tujuan seksual, dengan itu melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14 (a) daripada kesalahan seksual terhadap Akta Kanak-Kanak 2017.

Setelah disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dipenjarak­an hingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Tuduhan ketiga yang dibacakan adalah dia memasukkan jari ke dalam kemaluan mangsa tanpa persetujua­nnya yang melanggar Seksyen 377CA Kanun Keseksaan (Akta 574).

Kesalahan ini membawa hukuman penjara antara lima dan 30 tahun penjara dan juga boleh dikenakan sebatan.

Kesemua ketiga-tiga kesalahan itu dilakukan pada masa dan tempat yang sama.

Hakim Mahkamah Seksyen yang mengetuai prosiding Caroline Bee Majanil membenarka­n tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM3,000 oleh dua penjamin tempatan.

Beliau juga mengarahka­n tertuduh melaporkan diri ke balai polis terdekat sebulan sekali.

Kes ini dijadualka­n untuk prapendeng­aran semula pada 16 Ogos depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia