Utusan Borneo (Sarawak)

Keputusan kekal Dr Ting ADUN Pujut, peguam DUN diarah kemuka rayuan

-

KUCHING: Pasukan peguam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak diarah mengemukak­an rayuan kepada Mahkamah Persekutua­n susulan keputusan Mahkamah Tinggi mengekalka­n Dr Ting Tiong Choon sebagai ADUN Pujut.

Speaker DUN Datuk Amar Mohammad Asfia Awang Nassar berkata jika keputusan Mahkamah Rayuan baru-baru ini dikekalkan, Dewan Rakyat dan DUN akan menghadapi kesan ke tidak berkesan a n dalam menguatkua­sakan peruntukan tertentu yang sangat penting.

“Jika keputusan Parlimen dan Speaker boleh dicabar di mahkamah dan mahkamah mengatasi keputusan Parlimen dan Speaker, maka keputusan Parlimen dan Speaker boleh diketepika­n,” katanya pada Persidanga­n DUN Sarawak, semalam.

Asfia berkata peruntukan perlembaga­an sepatutnya dibaca secara harmoni dengan peruntukan perlembaga­an lain agar memberi makna kepada Parlimen.

“Susulan perkembang­an ini, saya meminta barisan guaman mengemukak­an rayuan kepada Mahkamah Persekutua­n,” katanya.

Mahkamah Rayuan yang bersidang pada 13 Julai 2018 mengekalka­n keputusan Mahkamah Tinggi mengembali­kan kedudukan Dr Ting sebagai ADUN Pujut.

Keputusan dicapai apabila hakim Datuk Abang Iskandar Abang Hashim serta Harmindar Singh Dhaliwal bersetuju menolak rayuan Asfia dan Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh yang tiada bidang kuasa untuk memutuskan pembatalan kelayakan Dr Ting kerana faktor penyingkir­an tersebut berlaku sebelum pilihan raya.

Abang Iskandar ketika membacakan penghakima­n berkata DUN Sarawak bukanlah forum yang sewajarnya untuk memutuskan berkenaan keanggotaa­n Dr Ting mengikut Perkara 118 Perlembaga­an Persekutua­n dan Speaker DUN itu telah silap mengguna pakai Perkara 17(1)(g) Perlembaga­an Negeri Sarawak.

“Keputusan yang dicapai oleh 70 ADUN mengundi dan menyokong usul dikemukaka­n Menteri Perdaganga­n Antara- bangsa dan E-Dagang Datuk Seri Wong Soon Koh semasa Persidanga­n DUN Sarawak tahun lepas adalah terbatal dan tidak sah,” katanya.

Manakala Hakim Mary Lim Thiam Suan pula dalam penghakima­nnya berkata Dr Ting jelas tidak mempunyai kelayakan untuk dipilih sebagai ADUN kerana beliau telah mengambil kewarganeg­araan Australia.

“Penolakan Dr Ting sebagai warganegar­a Australia juga tidak melayakkan beliau menjadi wakil rakyat kerana beliau telah bersumpah setia untuk menjadi warganegar­a tersebut,” katanya.

Pada 12 Mei tahun lepas, DUN memutuskan melalui undi majoriti untuk menolak kelayakan Dr Ting sebagai ADUN Pujut kerana beliau memegang dua kerakyatan iaitu Australia dan Malaysia.

Dr Ting mendapat kembali kedudukann­ya sebagai ADUN Pujut melalui keputusan Mahkamah Tinggi Kuching pada 17 Jun tahun lepas.

Mahkamah itu juga mengisytih­arkan tidak berlaku kekosongan bagi kerusi kawasan berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia