Utusan Borneo (Sarawak)

Dewanita Miri suarakan sokongan kepada KM terus majukan Sarawak

-

MIRI: Dewanita Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Miri menyuaraka­n sokongan kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk terus memajukan Sarawak.

Setiausaha Dewanita Miri Laila Mohamad berkata di bawah pentadbira­n Abang Johari, Sarawak akan terus menerima lonjakan kemajuan.

“Banyak tranfrorma­si pembanguna­n telah dibawa bukan hanya di bandar tetapi juga kawasan luar bandar termasuk rumah panjang dan kampungkam­pung,” katanya kepada Utusan Borneo.

Dewanita Miri sebelum ini telah melawat Kompleks Dewan Undangan Negeri Sarawak sempena Persidanga­n DUN di Kuching.

Laila berkata pelbagai nikmat pembanguna­n telah direncanak­an oleh Sarawak sejak pentadbira­n kerajaan terdahulu hingga kini.

Meskipun berdepan pelbagai kritikan, Sarawak bagaimanap­un tetap berdikari dan menjaga kebajikan rakyat dengan menyelesai­kan banyak isu.

“Kami akan memberi sokongan kepada barisan kabinet negeri untuk terus menerajui Sarawak serta memajukan setiap pelosok negeri,” jelasnya.

Rombongan Dewanita itu turut melihat secara dekat proses Persidanga­n DUN termasuk sesi soal jawab antara wakil rakyat.

Lawatan sambil belajar itu juga memberi sokongan kepada wakil rakyat untuk mengutarak­an isu-isu melibatkan masalah dan kebajikan rakyat.

Dewanita Miri juga menyokong usul-usul yang dibawa wakil rakyat dari utara Sarawak seperti Miri, Bekenu, Lambir, Piasau, Mulu dan Telang Usan.

“Selama ini DUBS dan Dewanita Miri memberi sokongan terhadap polisi pembanguna­n kerajaan bagi memastikan Sarawak kekal maju setanding negeri lain,” katanya.

 ??  ?? BERMAKNA: Laila (dua kiri, barisan depan) bersama ahli Dewanita Miri bergambar bersama Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah (tengah) di lobi DUN Kuching.
BERMAKNA: Laila (dua kiri, barisan depan) bersama ahli Dewanita Miri bergambar bersama Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah (tengah) di lobi DUN Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia