Utusan Borneo (Sarawak)

Wartawan dipelawa hantar penyertaan Anugerah Kewartawan­an Kenyalang

-

KUCHING: Wartawan media cetak dan penyiaran di Sarawak dipelawa menghantar penyertaan bagi Anugerah Kewartawan­an Kenyalang (KJA) bermula 7 September tahun ini.

Presiden Persekutua­n Persatuan Wartawan Sarawak ( FSJA) Jane Moh berkata borang penyertaan boleh diperolehi daripada ahli jawatankua­sa KJA.

Borang katanya juga boleh diperolehi menerusi Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA), FSJA Sibu dan Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA).

Tahun ini, borang penyertaan perlu dihantar kepada persatuan yang berkenaan bagi kawasan masing-masing iaitu KDJA, FSJA Sibu atau NSJA.

Borang yang dihantar menerusi KDJA perlu disertakan dengan untuk perhatian Jacqueline David yang boleh dihubungi menerusi nombor telefon 016-8546251.

Bagi Miri pula, borang boleh dihantar kepada NSJA beralamat Lot 804 Blok 4, MCLD Jalan Cattleya 3, Piasau Industrial Estate, 98000 Miri, Sarawak.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Presiden NSJA Andy Jong di talian 014-5902562.

Manakala untuk Sibu pula, borang boleh dihantar kepada FSJA beralamat Wisma See Hua 40, Jalan Tuanku Osman, 96000 Sibu, Sarawak (Perhatian: Jane Moh, Yek Choo Eng & Chia Shu Kiong).

Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi Jane (016-8222980), Yek (012-8896361) atau Chia (016-86330160).

Semua artikel yang disiarkan pada 2017 layak bersaing dalam KJA tahun ini yang akan berlangsun­g di RH Hotel di Sibu pada 30 November.

Sementara itu, jawatankua­sa FSJA bersama wakil penaja emas Shell, Petronas dan Sarawak Energy semalam mengadakan kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di Aras 5, Kompleks DUN di sini.

 ??  ?? KUNJUNGAN: Jawatankua­sa penganjur KJA 2018 bersama wakil penaja diketuai Jane (tujuh kiri) mengadakan kunjungan hormat terhadap Abang Johari (tujuh kanan) di Pejabat Ketua Menteri di Kompleks DUN semalam.
KUNJUNGAN: Jawatankua­sa penganjur KJA 2018 bersama wakil penaja diketuai Jane (tujuh kiri) mengadakan kunjungan hormat terhadap Abang Johari (tujuh kanan) di Pejabat Ketua Menteri di Kompleks DUN semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia